Slider

Tajuddin dilantik Duta Besar Malaysia ke Indonesia, rakyat terkedu dengan keputusan kerajaan



Ahli Parlimen Pasir Salak, Tajuddin Abdul Rahman, 74, yagn sebelum ini dipecat daripada jawatannya sebagai pengerusi Prasarana kerana mengeluarkan kenyataan yang tidak sensitif berhubung insiden perlanggaran LRT di Kuala Lumpur pada Mei 2021, kini telah dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia yang berpangkalan di Jakarta. 


Pemimpin UMNO itu berkata, "Memang benar," apabila ditanya wartawan mengenai laporan perlantikannya itu yang telah disiarkan oleh beberapa portal berita tempatan. 


Jurucakap di Pejabat Perdana Menteri turut mengesahkan Tajuddin mengadakan pertemuannya dengan Perdana Menteri di Putrajaya hari ini yang dipercayai berkaitan dengan urusan perlantikan itu. 


Difahamkan, pelantikan Tajuddin itu telah mendapat kelulusan daripada kerajaan Indonesia, bagi menggantikan diplomat Zainal Abidin Bakar. Zainal dilantik pada 2018, ketika di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan. 


Sementara itu di media sosial, ramai netizen yang tidak bersetuju jawatan tersebut diisi oleh Ahli Parlimen. 


"Kalau buat undian pemilihan antara Tajuddin dengan pokok pisang, aku rasa 99 peratus rakyat Malaysia akan mengundi pokok pisang lagi untuk menjadi duta," kata Khairil Hazwan Hamzah. 


"Bukan nak menentangg Tajuddin secara individu, tetapi cuma nak cakap bangang tak bangan kerajaan Malaysia. Ahli Parlimen bukankah tugasnya hakikinya menjaga rakyat di kawasan masing-masing. Habis kalau dah jadi duta, bila kejadahnya dia nak balik kawasan? Bila pula nak jadi wakil kepada rakyat di Parlimen? Macam tak ada orang lain boleh dilantik jawatan duta ini. Melainkan dia dah tak jadi Ahli Parlimen, lainlah cerita. 


"Lepas tu kos travel dengan kerap Malaysia - Indonesia konon nak balik awasan, rakyat yang kena tanggung. Tak ke bangang namanya itu? Bagilah ruang rezeki itu kepada orang lain pula. Semua ahli parlimen nak bolot," kata Zoul Bucker. 


"The train kiss each other. Don't probok-probok. You know english?" seloroh Wan Sh. 


Sumber: MalaysiaKini, Harian Metro

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo