Slider

'Takde gambar, kita tak payah kahwin!' - Pengantin perempuan batal majlis perkahwinan, pengantin lelaki terlupa tempah khidmat jurugambar

Foto hiasan



Seorang pengantin perempuan nekad membatalkan majlis perkahwinan kerana pasangannya terlupa menempah perkhidmatan jurugambar perkahwinan. 


Bagi kebanyakan pasangan pengantin, fotografi perkahwinan adalah keutamaan kerana ia merakam semua detik istimewa di hari besar mereka. 


Difahamkan, anak perempuan seorang petani yang tinggal di sebuah kampung di Mangalpur, Kanpur Dehat, India, telah ditetapkan berkahwin dengan pasangannya yang berasal dari Bhognipur. 


Segala persiapan telah dilakukan dan pelamin juga telah dihias dengan cantik untuk majlis tersebut.


Bagaimanapun, apabila pengantin perempuan menyedari tiada jurugambar datang untuk merakam detik-detik kenangan itu, dia terus enggan mengambil bahagian dalam majlis tersebut, lalu meninggalkan pelamin dan pergi ke rumah jirannya. 


Semua ahli keluarga cuba memujuk gadis itu tetapi dia berkata, "Lelaki yang tidak mengambil berat tentang perkahwinan kita hari ini, bagaimana dia nak menjaga saya di masa hadapan?". 


Keluarganya sekali lagi cuba memujuknya, tetapi sia-sia dan polis terpaksa campur tangan. Hasilnya, kedua-dua pihak bersetuju untuk memulangkan wang tunai dan barang berharga yang ditukar atas persetujuan bersama. 


Inspektor Dori Lal dari Balai Polis Mangalpur berkata, kejadian itu telah diselesaikan secara aman. 


"Kedua-dua pihak telah memulangkan semula barangan dan wang tunai yang diberi. Pengantin perempuan marah dan enggan berkahwin kerana pengantin lelaki tidak menempah perkhidmatan jurugambar untuk majlis perkahwinan mereka," katanya. 


Sumber: India.com

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo