Slider

Ujian makmal sahkan budak 3 tahun positif HFMD, bukan cacar monyet



Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini memaklumkan, gambar tular yang mendakwa seorang kanak-kanak dijangkiti cacar monyet adalah tidak benar.


Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ujian sampel yang dilakukan terhadap kanak-kanak berusia tiga tahun itu menunjukkan dia dijangkiti penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD), virus jenis Coxsackie A6. 


Difahamkan, kanak-kanak itu terdahulu telah dibawa ke klinik kesihatan kerana mengalami gejala demam sejak 13 Mei. Tiga hari kemudian, muncul ruam yang seterusnya menjadi 'blister' pada 19 Mei dan mula pecah pada 21 Mei lalu. 


Keadaan kanak-kanak itu kemudian dipantau di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan dua sampel telah diambil untuk membuat pengujian bagi beberapa jenis virus termasuk HFMD dan cacar monyet. 


Keputusan ujian menunjukkan kanak-kanak itu positif HFMD jenis virus Coxsackie A6 dan negatif bagi penyakit cacar monyet dan lain-lain virus. 


Pengesahan dari KKM itu sekali gus menafikan dakwaan individu di media sosial kononnya penyakit cacar monyet telah dikesan di negara ini, dan menolak dakwaan segelintir netizen yang tidak bertanggungjawab kononnya kerajaan menyembunyikan hal sebenar daripada rakyat. 


Sumber: Harian Metro

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo