Slider

2 lelaki 'kemurungan', bayar RM140 untuk dapatkan khidmat urutan & seks di Taman Gembira, ditahan polis

Foto Sinar Harian



Hasrat dua lelaki untuk mendapatkan khidmat urut dan layanan seks di sebuah premis di Taman Gembira, bertukar menjadi 'kemurungan' selepas mereka ditahan polis pada Ahad lalu. 


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, pasukan dari Bahagian Siasatan Jenayah Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Kuala Lumpur melakukan serbuan pada jam 8.10 malam dan berjaya menahan tiga wanita warga Indonesia disyaki pelacur serta seorang lelaki tempatan merupakan penjaga premis. 


Beberapa barangan seperti telefon bimbit, tuala mandi, minyak urut dan wang tunai turut dirampas. 


Difahamkan ketika serbuan dilakukan, dua pelanggan lelaki terbabit berada di dalam bilik premis berkenaan. Mereka membuat pembayaran RM140 bagi satu sesi untuk mendapatkan khidmat layanan wanita asing terbabit. 


Polis mendapati premis tersebut tidak berlesen telah beroperasi sejak dua bulan lalu. Premis itu juga dipasang jeriji bagi menyukarkan pihak berkuasa mengambil tindakan. 


Kesemua suspek yang ditangkap telah dibawa ke balai untuk tindakan lanjut Seksyen 372B Kanun Keseksaan, Seksyen 373 Kanun Keseksaan dan Akta Imigresen 1959/63. 


Sumber: Sinar Harian

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo