Slider

Bekalan ayam sudah stabil, harga perlu dikurangkan agar emosi rakyat juga kembali stabil



Menterian Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee memaklumkan bekalan ayam di pasaran kini sudah stabil selepas beberapa minggu lalu. 


Beliau berkata, tiada pengurangan bekalan dilaporkan di pasaran setakat ini dan keadaan ini didorong dengan peningkatan pengeluaran ayam di peringkat ladang yang telah kembali stabil. 


"Setakat ini bekalan ayam di pasaran sudah kembali stabil," katanya. 


Selain itu, subsidi yang diberikan kerajaan antara 60 sen hingga RM1.40 sekilogram juga membantu mengurangkan masalah bekalan yang dihadapi. Namun, subsidi itu akan ditamatkan pada hujung bulan ini dan kos pada bulan seterusnya akan ditampung oleh kerajaan. 


Kerajaan masih belum membenarkan eksport ayam ke Singapura bagi membolehkkan bekalan ayam di pasaran tempatan kembali stabil terlebih dahulu. 


Beberapa minggu lalu, pasaran tempatan mengalami kekurangan bekalan ayam yang amat ketara lebih dari 80 peratus sehingga menyebabkan kenaikan harga mencecah RM13 sekilogram. Masalah itu menyebabkan pengguna dan peniaga sukar mendapatkan bekalan ayam. 


Sumber: Harian Metro

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo