Slider

Budak 4 tahun 'overdose' dadah yang disyaki diberi oleh bapa saudaranya

FOTO HIASAN



Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dilaporkan berada dalam keadaan kritikal keerana terdapat kandungan dadah di dalam badannya. 


Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, mangsa yang tinggal di Kampung Sri Bintang, Kuala Krai, dibawa ke Hospital Kuala Krai (HKK) pada jam 5 pagi oleh ibunya untuk mendapatkan rawatan. 


"Mangsa dibawa ke hospital dalam keadaan kritikal dan pemeriksaan mendapati, terdapat kandungan dadah jenis methamphetamine dalam badannya. 


"Siasatan mendapati, mangsa dipercayai telah dibawa bapa saudaranya ke suatu tempat dan belum dipastikan lagi sama ada mangsa diberikan dadah atau dibiarkan terdedah dengan bahan terlarang itu sebelum memasukkannya dalam badan," katanya. 


HKK kemudian membuat laporan, dan bertindak di atas laporan itu, polis telah menahan bapa saudara mangsa berusia 30 tahun untuk disoal siasat. Suspek mengaku ada membawa anak saudaranya itu ke sesuatu tempat tetapi menafikan dakwaan memberinya dadah. 


Mangsa masih dilaporkan kritikal dan sedang dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), sementara polis sedang menunggu laporan lanjut. 


Hasil ujian saringan air kencing mendapati, suspek positif dadah jenis methamphetamine. Rekod juga menunjukkan suspek mempunyai tiga rekod jenayah lampau berkaitan dadah. 


Sumber: Harian Metro

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo