Slider

Cemburu awek berbual dengan lelaki lain, pelajar Tingkatan 2 dibelasah '10 pelajar senior takde otak'



Seorang pelajar lelaki  Tingkatan 2 dibelasah 10 pelajar lain di bilik asrama di sebuah sekolah di  Teluk Intan pada Khamis lalu. 


Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, kejadian itu berlaku pada jam 12.30 hingga 1 pagi, Khamis, 23 Jun 2022, yang membabitkan mangsa berusia 14 tahun yang turut dicederakan menggunakan seterika panas di badannya. 


Akibat dari kejadian itu, mangsa mengalami sakit di bahagian pinggang dan dibawa ke Hospital Teluk Intan untuk mendapatkan rawatan. Pemeriksaan mendapati, mangsa mengalami retak tulang rusuk belakang serta kecederaan tisu lembut pada betis kanan, dada, belakang badan, kedua-dua lengan, dagu dan pipi.


Siasatan awal mendapati, mangsa dibelasah oleh 10 orang suspek berusia 16 hingga 17 tahun yang merupakan pelajar senior di sekolah tersebut. Salah seorang suspek telah membawa mangsa ke bilik asrama dan kemudian dipukul secara beramai-ramai termasuk mencederakannya menggunakan seterika panas. 


Selepas kejadian itu, mangsa menghubungi dan memaklumkan kepada ibunya. Mangsa dibawa ibunya ke hospital sebelum membuat laporan polis pada hari yang sama. 


Polis berkata, pergaduhan itu berpunca dari perasaan cemburu salah seorang suspek yang melihat mangsa berbual dengan seorang pelajar wanita yang merupakan teman wanitanya. 


Bertindak di atas laporan itu, polis telah menahan kesemua suspek dan direman selama empat hari sebelum dibebaskan dengan jaminan polis setelah selesai diambil keterangan. 


Kertas siasatan akan dirujuk kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya Perak untuk tindakan lanjut. 


Sumber: Astro Awani, Kosmo Online

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo