Slider

Ibu 4 anak dicekup berkhalwat dengan pemandu jengkaut, ketika suaminya (Guard) keluar bekerja



Seorang wanita yang berstatus isteri orang dan mempunyai empat anak dicekup membawa lelaki lain dipercayai kekasih gelapnya masuk ke dalam sebuah bilik sewa, semasa suaminya keluar bekerja. 


Wanita berusia 35 tahun itu dan pasangannya berusia 32 tahun dicekup berkhalwat oleh anggota penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK) pada jam 1.40 pagi, selepas mendapat maklumat awam. 


Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah Kulim, Anwar Sharifuddin Mat Saat berkata, ketika kejadian itu berlaku, suami kepada wanita terbabit yang bekerja sebagai pengawal keselamatan telah keluar bekerja di sebuah kilang tayar di daerah tersebut. 


Ketika pemeriksaan dilakukan, terdapat tiga kanak-kanak yang dipercayai anak kepada wanita berkenaan, sedang tidur. 


"Pihak kami menerima maklumat berhubung kejadian itu berdasarkan maklumat awam dan melakukan pemeriksaan di bilik sewa yang didiami wanita berkenaan. 


"Bagaimanapun, pemeriksaan mendapati pasangan itu bukan suami isteri atau mahram, malah mereka gagal menunjukkan sebarang dokumen mereka mempunyai hubungan," katanya. 


Difahamkan, ibu kepada empat anak itu bekerja sebagai tukang cuci dan lelaki terbabit pula berasal dari Pendang, bekerja sebagai pemandu jengkaut. Mereka mengaku telah berkenalan di sebuah kedai makan di daerah ini kira-kira enam bulan lalu.


Pasangan itu dibawa ke balai polis berhampiran untuk dibuat laporan tangkapan. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 25 (a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Kedah 2014 kerana disyaki berkhalwat dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara dua tahun atau denda tidak melebihi RM3,000 atau kedua-duanya sekali. 


Sumber: Harian Metro


none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo