Slider

'Ibu & anak memang suara tinggi' - Exco Melaka tegur pengusaha Restoran 35

Foto Kosmo Online



Ekoran tular video Restoran 35 yang mengundang kecaman netizen di media sosial, Kerajaan Melaka tampil menegur pemilik restoran berkenaan agar tidak melayani pelanggannya dengan kasar. 


Exco Perpaduan, Penerangan, Sumber Hal Ehwal Manusia dan Hal Ehwal Pengguna Melaka, Ngwe Hee Sem, turun padang bertemu dengan pemilik premis itu.


Menurut Hee Sem, walaupun Melaka terkenal dengan lenggok bahasa kasar tetapi ia tidak boleh dijadikan sebagai alasan untuk bercakap semberono dengan pelanggan yang datang dari pelbagai latar belakang, sehingga mencemarkan imej Melaka. 


"Saya telah menasihati mereka untuk menjaga tutur bahasa lebih-lebih lagi kawasan ini adalah tumpuan pelancong luar. Kita tidak mahu timbul salah faham membabitkan pelancor luar sehingga mencalarkan imej Melaka. 


"Mungkin sudah memang cara bertutur mereka begitu, tetapi bukan semua orang boleh menerimanya. Ini hanya kes individu tetapi keseluruhan orang Melaka (peniaga kedai makan dan restoran) melayan pelanggan dedngan baik dan bersopan santun. 


"Saya perhatikan, anak dan ibu memang suara tinggi dan masa berborak dengan mereka tadi, ketawa pun dengan suara tinggi. Pelanggan yang sudah biasa juga ada komen di Facebook bahawa peniaga ini memang biasa suara tinggi, tapi mereka kena faham bukan semua pelanggan boleh menerima cara begitu," katanya. 


Pihak Restoran 35 juga tampil memohon maaf kepada pelanggan terbabit dan memberi jaminan akan berubah. Tetapi tidak menolak adakalanya pelanggan juga melakukan kesilapan yang membuatkan mereka naik angin.


Sumber: Utusan Online, Harian Metro

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo