Slider

Lelaki tikam diri sendiri selepas kecewa hasrat untuk merujuk ditolak bekas isteri



Seorang lelaki di Kota Padang, Indonesia, dipercayai menikam dirinya dalam kejadian yang berlaku pada Selasa, 31 Mei lalu, kerana kecewa hasratnya untuk merujuk kembali ditolak oleh bekas isteri. 


Lelaki berusia 39 tahun itu bagaimanapun masih hidup dan telah diberikan rawatan. Polis juga mengambil keterangannya dan memberi nasihat agar tidak mengulangi perbuatan yang sia-sia itu. 


Ketua Polis Daerah Padang Timur, Afrides Roem, mengesahkan kejadian cubaan membunuh diri itu. 


"Lelaki ini pernah berkahwin, namun sudah bercerai dengan pasangannya. Dia kemudian mahu merujuk semula dengan wanita itu, tetapi bekas isterinya tidak mahu sehingga berlaku cubaan untuk membunuh diri. 


"Dia cuba menikam dirinya menggunakan pisau yang dibawa kerana kecewa cintanya ditolak, mendorong dia melakukan perbuatan tersebut," kata Afrides. 


Bagaimanapun, mangsa terselamat kerana luka yang dialaminya tidak parah dan telah dirawat di Hospital Bhayangkara Padang. 


"Luka calar sikit saja. Siasatan lanjut akan dilakukan selepas dia diberikan rawatan dan akan diambil keterangan serta diberikan nasihat," katanya. 


Sumber: Tribun News

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo