Slider

Lelaki warga emas didakwa rogol dua beradik 2014 hingga 2021

Foto Sinar Harian



Seorang lelaki berusia 72  tahun didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini atas 17 pertuduhan merogol dan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua beradik perempuan tahun lalu. 


Tertuduh, Ashaari Ibrahim, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan yang dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Noraini Yusoff dan Noorhayati Mohd Yunus, serta meminta untuk dibicarakan. 


Mengikut enam pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Noraini, tertuduh didakwa merogol dan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan yang ketika itu berusia tujuh tahun antara 1  Januari 2018 hingga 31 Disember 2020 di sebuah rumah di Perai. 


Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (1)(e) Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan. 


Bagi 11 lagi pertuduhan hadapan Hakim Norhayati, tertuduh didakwa merogol dan melakukan amang seksual terhadap seorang lagi kanak-kanak perempuan yang ketika itu berusia lima tahun, yang juga merupakan kakak kepada mangsa pertuduhan pertama di lokasi yang sama antara 1 Januari 2014 hingga Mac 2021. 


Untuk kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (1)(e) Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017.


Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Syeqal Che Murat dan Aisyah Al Humayrah Kamaruzaman, manakala tertuduh pula tidak diwakili peguam. 


Tiada sebarang jaminan ditawarkan terhadap tertuduh dan kedua-dua hakim kemudian menetapkan 29 Julai depan untuk sebutan semula kes dan tertuduh melantik peguam. 


Sumber: Harian Metro

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo