Slider

Mayat 2 sahabat ditemui dalam Toyota Alphard, dipercayai telah mati sejak 4-5 hari lalu



Kehilangan dua sahabat yang dilaporkan hilang di Kuala Selangor pada 25 Mei lalu, akhirnya terjawab apabila orang awam menemui mayat mereka di dalam sebuah kenderaan MPV di kawasan tempat letak kereta bangunan kediaman di Bandar Sri Permaisuri, Cheras, Ahad lalu. 


Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 8.26 malam sebelum mengarahkan sepasukan pegawai dan anggota pergi ke lokasi untuk menjalankan siasatan. 


Siasatan awal menemukan mayat seorang wanita tempatan di bahagian penumpang hadapan, manakala mayat seorang lagi lelaki di bahagian penumpang belakang. Ketika ditemui, enjin Toyota Alphard berkenaan tidak hidup.


Difahamkan, ahli keluarga kedua-dua mangsa ada membuat laporan mengenai kehilangan mereka pada 23 dan 24 Mei lalu di Klang dan Shah Alam. 


Pemeriksaan mendapati, tiada sebarang unsur jenayah dan kedua-dua mangsa dipercayai telah mati antara empat atau lima hari yang lalu. 


Punca kematian kedua-dua remaja berusia 19 tahun itu masih dalam siasatan. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.


Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu tampil menghubungi balai polis berdekatan untuk membantu siasatan. 


Sumber: Harian Metro

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo