Slider

Nelayan Vietnam rembat RM70 bilion hasil laut negara - APMM

Foto Bebas News



Nelayan warga asing khususnya nelayan Vietnam didapati menceroboh perairan Negeri Terengganu sehingga menyebabkan negara kehilangan hasil laut kira-kira RM70 bilion dalam tempoh 12 tahun sejak 2010. 


Difahamkan, nelayan terbabit mencuri hasil laut menggunakan kaedah tunda ganding yang bukan sahaja memusnahkan ekosistem marin, malah turut menjejaskan sumber rezeki nelayan tempatan ekoran habitat marin dikatakan semakin berkurangan. 


Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Kapten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata, pihaknya tegas dalam melaksanakan undang-undang perairan negara dengan mengenakan tindak keras termasuk menenggelamkan bot rampasan dalam menangani isu pencerobohan nelayan asing itu. 


Sejak 2010 hingga kini, APMM telah memusnahkan 142 bot nelayan Vietnam yang dianggarkan bernilai RM213 juta. Bot-bot rampasan itu kemudian ditenggelamkan dan jadikan sebagai tukun tiruan. 


APMM katanya sentiasa komited dalam menjalankan penguatkuasaan di perairan negara bagi memastikan hasil laut negara tidak terus dicuri oleh nelayan asing. Tindakan memusnahkan bot nelayan asing adalah bukti APMM komited dalam menguatkuasakan undang-undang perairan negara terutama isu membabitkan pencerobohan nelayan Vietnam. 


Pencerobohan nelayan Vietnam di perairan Terengganu telah menyebabkan sebanyak kerugian hasil laut bernilai RM6 bilion. 


Tahun lalu, tiga bot nelayan asing telah dirampas dan ditenggelamkan, manakala semua awak-awak bot-bot tersebut seramai 43 orang sudah dipenjarakan selama tujuh bulan. 


Sumber: Harian Metro

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo