Slider

'Peja jangan sap gam!!!' - Menteri akui salah & terima teguran fans Harimau Malaya



Menteri Belia dan Sukan, Ahmad Faizal Azumu memohon maaf di atas kenyataannya yang menyalahkan sorakan penonton yang hadir sehingga menyebabkan pemain skuad Harimau Malaya hilang fokus dan tewas kepada Bahrian, dalam perlawanan baru-baru ini. 


"Saya rasa saya perlu memohon maaf kepada semua peminat. Saya juga seorang daripada peminat dan saya kira yang penting sekarang ini ialah untuk terus beri sokongan kepada pasukan kita tanpa berbelah bahagi," katanya. 


Dalam perlawanan Harimau Malaya menentang Bangladesh, penonton turut memberi pesanan sinis kepada Faizal, "Peja jangan sap gam!!!" yang turut tular di media sosial, mengundang banyak reaksi netizen. 


Sedar ayat sinis itu ditujukan kepadanya, Faizal tidak cepat melatah dan menganggap kenyataan itu sebagai teguran kepadanya. 


"Nasihat yang amat baik kepada saya dan kepada semua! Terima kasih! Semoga Allah berkati segala kebaikan kita," katanya di  Twitter. 


Dalam perlawanan Harimau Malaya menentang Banglash malam tadi menyaksikan skuad negara di bawah pimpinan Kim Pan-gon berjaya melayakkan diri ke Piala Asia 2023 setelah berjaya menewaskan Bangladesh, 4-1. 


Sumber: Bernama, Free Malaysia Today

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo