Slider

Pengantin lelaki lari dari majlis pernikahan, berang motosikal digadai & minta calon isteri kembalikan wangnya



Viral di media sosial seorang pengantin lelaki melarikan diri dari majlis perkahwinannya setelah mendapati motosikalnya digadai untuk menanggung kos majlis perkahwinannya. 


Pengantin lelaki berkenaan sempat meluahkan rasa kesalnya dan meminta pengantin perempuan mengembalikan wangnya.


Menurut laporan, kejadian itu berlaku pada 22 Mei lalu, di mana lelaki berusia 17 tahun itu nekad meninggalkan calon isterinya berusia 16 tahun. 


Pada hari kejadian, keluarga pengantin perempuan dimaklumkan bakal menantu mereka tidak akan hadir ke majlis tersebut sedangkan mereka telah membuat persiapan rapi sejak beberapa bulan lalu. 


Pengantin lelaki dikatakan pergi ke Bandung. Rakan kepada lelaki itu memberitahu keluarga gadis itu bahawa, dia telah melarikan diri sejak Jumaat lalu. 


Memandangkan 200 kad jemputan sudah diedarkan, keluarga pengantin perempuan nekad meneruskan majlis demi menghormati tetamu. Pengantin perempuan duduk di pelaminan seorang diri sehingga ada yang mula mengetahui hal sebenar lalu tersebar di media sosial. 


"Anak saya terpaksa duduk di pelamin kerana kad jemputan sudah diedarkan. Majlis tetap diteruskan bagi menghormati tetamu undangan," kata orang tua pengantin perempuan. 


Pengantin lelaki dikatakan melarikan diri kerana kesal motosikal miliknya dijual oleh ibu bapanya bagi menanggung kos majlis perkahwinan. Seminggu sebelum majlis, lelaki itu menghantar mesej kepada gadis itu dan mendakwa dia menjadi penyebab motosikalnya digadai, lalu meminta wangnya dikembalikan. 


Hubungan pasangan berkenaan juga dikatakan tidak mendapat restu dari keluarga pengantin lelaki. Kejadian itu menyebabkan ibu bapa gadis terbabit terpaksa menanggung malu dan sakit hati, serta membuat laporan polis. 


Jurucakap polis, Erlangga berkata, pihaknya menerima laporan tersebut yang turut dikaitkan dengan dakwaan berlakunya persetubuhan dengan kanak-kanak di bawah umur. 


Sumber: Tribun News

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo