Slider

Perancang Perkahwinan aniaya ramai pengantin sehingga rugi RM60K ditahan polis



Polis menahan seorang wanita berusia 50 tahun yang juga perancang perkahwinan kerana telah memperdayakan beberapa pasangan pengantin di Johor dengan pakej perkahwinan bajet, tetapi gagal menyediakan perkhidmatan termasuk katering pada saat akhir. 


Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, suspek yang ditahan semalam itu akan disiasat. Setakat 8 Jun, polis telah menerima 10 laporan berkait dengan suspek. 


BACA: 'Nasi sebutir pun takde dari pihak katering' - Pasangan Pengantin lapor polis, syarikat katering tak hantar makanan, alasan tak sempat


Siasatan awal mendapati, suspek menawarkan pakej bajet kepada bakal pengantin atas nama Kekasih Hati Katering atau akaun Facebook Emir Mimi. Pakej yang ditawarkan adalah serendah RM8 bagi setiap jemputan berbanding harga biasa iaitu antara RM10 hingga RM12. 


Mangsa tertarik dengan pakej itu dan kemudian membuat pembayaran secara online antara Mei hingga awal Jun. 


Jumlah kerugian semua mangsa dianggarkan mencecah RM60,000 di mana mangsa mengatakan mereka tidak menerima makanan atau menerima makanan kurang daripada tempahan dan ada juga makanan yang telah basi. 


Antara kes lain yang dikaitkan dengan suspek, diterima pada 5 Jun lalu apabila mangsa membayar deposit RM1,000 pada 18 Mei dan baki bayaran RM3,400 pada 27 Mei. Tetapi mereka tidak menerima makanan yang mencukupi serta basi pada 4 Jun. 


Suspek kemudian berjanji akan menghantar makanan kali kedua ke majlis tersebut, tetapi janji itu hanya sekadar tinggal janji. 




5 Jun lalu turut tular di media sosial luahan salah seorang mangsa yang mendakwa majlisnya rosak disebabkan suspek. 


"Dugaan paling tak disangka bila hari kebahagiaan rosak, huru hara disebabkan kau je. Dah bayar beribu dengan hasil titik peluh sendiri, kau bagi macam ni!


"Sepatutnya 700 pax makanan, tapi yang sampai kurang dari 50 pax. Kek tak ada. Khemah minta tujuh, tapi yang dipasang lima. Air tak ada, lauk tak cukup, nasi tak cukup, buah-buahan tak dapat, kuih muih pun dalam kotak, service paling teruk. 


"Bila tanya bila nak hantar makanan yang lain, jawapannya hanya 'Kejap lagi sampai'. Dah berjam-jam menunggu akhirnya keluarga terpaksa orrder luar (nasi ayam) untuk cover tetamu yang datang. 


"Mana nak hadap muka keluarga aku, saudara mara? Benda macam ni bukan aku seorang je kena, tapi ramai. Lima tempat kau buat majlis orang macam ni. Tak ada hati perutlah kau ni, makan duit customer. Tolong report bridal Emir Mimi," kata mangsa. 


Sumber: Harian Metro

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo