Slider

'Perbanyakan lagi filem tokoh pejuang kemerdekaan' - Dewan Ulama PAS



Filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan sehingga ke hari ini masih mendapat sambutan hangat dari pelbagai pihak termasuklah Dewan Ulama PAS. 


Ketua Dewan Ulama PAS, Ahmad Yahya menyarankan agar penerbitan filem-filem yang mengangkat tokoh pejuang kemerdekataan diperbanyakan lagi. 


"Filem arahan Syamsul Yusof itu merupakan satu tanda aras karya sebegini masih mendapat tempat di hati masyarakat masa kini. Karya filem mempunyai pengaruh dan tarikan yang kuat serta mampu mencorakkan tingkah laku dan emosi masyarakat. 


"Karya filem amat berguna dalam menyampaikan mesej-mesej tertentu kepada orang ramai. Dengan mengangkat tokoh pahlawan kemerdekaan ini di layar perak secara tidak langsung menyemai semangat jati diri dalam masyarakat pada hari ini. 


"Malah, tarikan kekuatan ilmu agama yang diadun bersama semangat mempertahankan negara adalah elemen penting yang ditonjolkan melalui tokoh-tokoh berkenaan," katanya. 


Ahmad juga berharap filem tema pejuang kemerdekaan ini dapat diperbanyakan lagi dengan membabitkan tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan lain seperti Haji Abdul Rahman Limbong, Tok Janggut, Dato' Maharaja Lela Pandak LAm dan sebagainya. 


Dia yakin, karya filem seperti itu dapat menyampaikan mesej yang baik kepada masyarakat dan wajar disokong oleh semua pihak. Selain itu katanya, sudah sampai masanya untuk negara dan rakyat mengangkat golongan pejuang ini sesuai dengan semangat menjelang sambutan Hari Kemerdekaan kelak. 


Sumber: MalaysiaKini

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo