Slider

'Pergi blah dengan kau punya halal!' - Wanita curi makanan pelanggan FoodPanda di Hospital Seri Manjung



Hajat hendak mengisi perut yang kosong tidak kesampaian apabila makanan yang dipesan melalui aplikasi FoodPanda telah dirembat oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Pengadu berkata, kejadian itu berlaku di Hospital Seri Manjung sekitar jam 9.30 pagi, Ahad lalu (5 Jun 2022). 


Difahamkan, pengadu membuat pesanan makanan melalui aplikasi FoodPanda. Sebaik saja mendapat notifikasi penghantar makanan telah tiba di lokasi, pengadu pergi mendapatkan pesanannya. Malangnya, penghantar makanan berkenaan tiada di lokasi dan pesanan sudah diserahkan kepada 'pelanggan'. 


"Mangsa order makanan dari FoodPanda, bila rider sampai hospital, pencuri dah tunggu siap-siap di depan tempat delivery dan mengaku dirinya sebagai pelangan yang membuat pesanan yang dibayar secara online.




"Tetapi apabila mangsa turun, rider dah beredar. Mangsa terus menghubungi rider, tetapi rider kata pesanan sudah diambil oleh penerima dan mengaku sebagai nama pelanggan yang membuat pesanan. Sedangkan pelanggan yang sebenar tidak dapat makanan," katanya. 


Setelah mendapat maklumat mengenai pencuri terbabit daripada penghantar makanan dan pengawal keselamatan hospital, pengadu mencari dan berjaya menemui individu yang tidak bertanggungjawab itu di dalam wad.


"Jumpa kat  dalam wad, siap dah makan makanan dengan muka tak bersalah. Percakapannya amat kurang hajar, tiada adab dan langsung tidak mahu meminta maaf. Ayat terakhir dari pencuri, 'Pergi blah dengan kau punya halal'," katanya. 


Di media sosial, netizen mengecam tindakan individu terbabit yang bukan sahaja merampas makanan orang, tetapi juga mencemarkan imej wanita bertudung. 


"Bila dah viral nanti, tampillah ahli keluarga kata dia ni sakit mental. Kemudian minta maaf dan sanggup bayarkan harga serta minta delete semua," kata Samerosie.


"Sila lapor pada polis. Kau hadap sangat nak makan free kan, haa kat lokap nanti kau membahamlah dapat makan free. Untung-untung stay kat jail setahun dua. Makan minum itu semua pembayar cukai yang tanggung," kata Jari.

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo