Slider

Remaja 14 tahun hamil 3 bulan selepas dirogol dua lelaki di rumah datuknya



Klinik Kesihatan Pasir Mas, Kelantan, mengesahkan seorang remaja berusia 14 tahun hamil tiga bulan selepas dipercayai dirogol oleh dua lelaki secara berasingan di rumahnya. 


Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, perkara itu terbongkar selepas mangsa datang ke klinik kesihatan tersebut untuk mendapatkan buku rekod kesihatan ibu mengandung pada jam 10.40 pagi. 


Soal siasat mendapati, remaja itu mengaku telah melakukan hubungan terlarang dengan dua lelaki,  berusia 17 dan, Alang, 22 tahun, pada 19 Februari dan 28 Mac di bilik tidur di rumah datuknya. 


"Berdasarkan keterangan, remaja itu memaklumkan dia telah melakukan hubungan seks dengan Alang pada 19 Februari di rumah datuknya.


"Pada 29 Mac lalu, mangsa dipercayai melakukan perbuatan sama dengan seorang lagi lelaki berusia 17 tahun, namun telah disedari datuknya semasa memasuki bilik remaja itu. Suspek kemudian bertindak melarikan diri melalui pintu utama. 


"Bagaimanapun, suspek kembali semula ke rumah berkenaan selepas dipanggil. Hasil perbincangan dengan ibu suspek, dia bersetuju memastikan anak lelakinya bertanggungjawab di atas perbuatan yang mereka lakukan. 


"Selepas menyedari usia kandungan semakin bertambah, mangsa datang ke klinik kesihatan sebelum diarahkan oleh pegawai kesihatan bertugas untuk merujuk ke Hospital Perempuan Zainab II kerana hamil di bawah umur," katanya. 


Polis telah mengenal pasti suspek dan tangkapan akan dilakukan dalam masa terdekat, bagi membantu siasatan di bawah Seksye n376 Kanun Keseksaan. 


Difahamkan, mangsa sudah berhenti sekolah dan tinggal bersama datuk dan neneknya sejak berusia setahun. 


Sumber: Harian Metro

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo