Slider

Sakit perut bongkar Pelajar Tingkatan 1 dirogol abang kandung sehingga mengandung

Foto sekadar hiasan untuk menakutkan perogol



Polis menahan seorang lelaki berusia 21 tahun yang bekerja sebagai petani kerana disyaki merogol adik kandungnya sehingga mengandung. 


Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, suspek ditahan di kediamannya pada jam 2.50 petang kelmarin selepas menerima laporan daripada pihak hospital. 


Difahamkan, mangsa berusia 13 tahun itu terdahulu mengadu sakit perut dan pergi ke Hospital Kajang untuk mendapatkan rawatan sebelum disahkan mengandung 26 minggu. 


"Siasatan awal mendapati, mangsa melakukan hubungan seks bersama abang kandungnya beberapa kali. Kejadian berlaku tanpa pengetahuan ibu bapa mangsa sehingga mangsa disahkan mengandung," katanya. 


Bertindak di atas laporan itu, polis segera menahan suspek dan ujian saringan air kencing mendapati suspek negatif dadah. Namun, semakan rekod mendapati, suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau berkaitan dengan kes dadah. 


Suspek kini direman sehingga 9 Jun dan disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan. 


Dalam pada itu, Muhamad Zaki menyeru semua ibu bapa dan guru memberi perhatian dan cakna dengan keselamatan golongan remaja di negeri itu susulan peningkatan kes jenayah seksual di kalangan remaja khususnya pelajar sekolah. 


Orang ramai turut digesa memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat terhadap segala perlakuan serta kegiatan jenayah kepada polis untuk tindakan lanjut. 


Sumber: Harian Metro

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo