Slider

Salun AJ Hair Studio tayang 2 model seksi dikompaun kerana beroperasi tanpa lesen



Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) mengesahkan salun dandanan rambut, AJ Hair Studio, yang tular di media sosial baru-baru ini, beroperasi tanpa lesen. 


Timbalan Pengarah Jabatan Korporat dan Pengurusan Strategik MBSJ, Azfarizal Abdul Rashid berkata, pemeriksaan premis yang dilakukan oleh tiga anggota penguatkuasa MBSJ bersama empat anggota polis semalam mendapati premis tersebut menjalankan aktiviti perniagaan tanpa mempunyai lesen sah dari MBSJ. 


BACA: 'Kedai kami normal, tak ada tawar servis 'istimewa' - Viral salun dandanan rambut tampilkan pekerja seksi, diserbu polis


Ekoran itu, MBSJ telah mengeluarkan dua notis tawaran kompaun (NTK) di bawah UUK 3: Undang-Undang Kecil Pusat Kecantikan (MPSJ) 2013 atas kesalahan mengendalikan pusat kecantikan dan kesihatan tanpa lesen, serta dua UUK 7: Undang-Undangg Kecil Iklan (MPSJ) 2007 atas kesalahan mempamerkan iklan tanpa lesen. 


Premis itu terdahulu tular di media sosial dengan menampilkan dua wanita berpakaian menjolok mata sedang mendandan rambut pelanggan lelaki di premis tersebut sehingga mengundang pelbagai reaksi netizen, termasuk ada yang mendakwa premis itu menawarkan 'servis istimewa'. 


Bagaimanapun, pemilik premis itu tampil membuat laporan polis dan menafikan dakwaan tersebut yang dianggap cuba mencemarkan nama baik perniagaannya. 


Dia menegaskan salun yang diusahakannya itu adalah salun normal dan tidak menawarkan perkhidmatan mengurut. Manakala dua wanita berpakaian menjolok mata itu adalah model yang diundang semasa hari pembukaan salun.


Pemilik juga meminta orang ramai berhenti menyebarkan gambar-gambar itu dengan kapsyen tidak betul. 


Sumber: Harian Metro

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo