Slider

Seniman Hamid Gurka meninggal dunia akibat penyakit tibi



Hilangnya tiada galang ganti. Seniman yang pernah membawa pulang trofi Artis Komedi Terbaik di Festival Filem Malaysia (FFM) ketiga pada tahun 1982 diberitakan sudah menghembuskan nafas terakhirnya akibat penyakit tibi dan beberapa komplikasi lain di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang pada jam 2.19 petang ini.


Berita pemergian Hamid atau nama sebenarnya, Abdul Hamid Abdul Rahman disahkan anak bongsunya, Nor Ashita Hamid.


Khamis lalu, Nor Ashita menafikan arwah dalam keadaan tenat hingga terpaksa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU). Bagaimanapun, Nor Ashita memaklumkan, arwah bapanya dalam keadaan stabil dan terkawal selepas dirawat di hospital akibat selepas mengalami batuk teruk.


Terdahulu, Berita Harian melaporkan pada Aidilfitri lalu, keadaan Hamid hanya terlantar atas katil selepas diuji jangkitan COVID-19 pada Februari lalu.


Namun, bintang yang mula dikenali menerusi filem Panglima Badol pada 1978 tidak mengalami penyakit kronik, sebaliknya hanya masalah pendengaran disebabkan kian uzur pada usia menginjak 90 tahun.


Untuk rekod, Hamid Gurkha mula dikenali melalui filem Panglima Badol pada 1978.


Pada tahun 2014, beliau telah menerima penghargaan khas atas sumbangan beliau dalam dunia lawak jenaka tanahair di Anugerah Lawak Warna ke-2. Beliau menerima anugerah tersebut bersama rakan karib, Datuk Jamali Shadat.


Hamid dan pasangannya Timah Abdul Hamid, 80, mendirikan rumah tangga enam dekad pada April 1957.


Menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan lapan cahaya mata, namun dua daripadanya meninggal dunia. Beliau juga dikurniakan 32 cucu dan 18 cicit.


Sumber: Berita Harian

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo