Slider

Suami cekup isteri sedang berzina dengan lelaki lain di pondok sawah



Seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai SW, 51, terkejut apabila mendapati isterinya sedang memadu asmara dengan lelaki lain di sawah.


Dengan mata kepalanya sendiri, dia melihat isterinya sedang 'duduk' di atas seorang lelaki dan mereka berdua dipercayai sedang melakukan hubungan intim. 


Kesal dan tidak dapat menerima apa yang berlaku, lelaki itu terus membuat laporan polis di Tulungagung, Jawa Timur, Indonesia. 


"Benar, kami menerima laporan berhubung kejadian itu," kata jurucakap polis, Iptu M Anshori.


KRONOLOGI


Siasatan awal mendapati, kejadian itu berlaku pada 27 Mei 2022, jam 7.30 malam di mana SW baru pulang dan mendapati isterinya tiada di rumah. 


Gagal mencarinya di sekitar kawasan rumah, SW kemudian pergi ke rumah kakak iparnya sebelum diajak keluar mencari isterinya bersama-sama di kawasan kampung. 


Mereka kemudian meredah kawasan sawah di perkampungan itu dan ternampak bayangan manusia di sebuah pondok di tengah sawah. Menyangka isterinya ada di situ, mereka terus pergi ke arah pondok walaupun keadaan jalan pada ketika itu licin disebabkan hujan. 


Sebaik saja menghampiri pondok tersebut, SW terkejut melihat isterinya sedang bermesraan dengan lelaki lain dalam keadaan tanpa seurat benang. 


Terkejut dengan kehadiran suami dan kakaknya, pasangan curang terbabit segera memakai pakaian masing-masing. Suara si suami memarahi isterinya mengundang perhatian penduduk yang tinggal berhampiran. 


Difahamkan, lelaki yang digauli isterinya itu juga merupakan penduduk kampung setempat. 


SW yang kecewa membuat laporan dan kes itu masih dalam siasatan polis. Polis telah mengambil keterangan semua individu yang terlibat dan keputusan siasatan akan dikeluarkan dalam beberapa hari kemudian. 


"Untuk memastikan sama ada sudah berlaku perbuatan zina atau tidak, kes ini masih dalam siasatan dan hasil siasatan akan diumumkan kelak," kata Anshori. 


Sumber: Media Indonesia

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo