Slider

'Sudah sampai masa Zahid letak jawatan, beri laluan kepada Ismail Sabri' - Tajuddin bimbang Zahid jadi punca UMNO kalah PRU-15



Ahli Parlimen Pasir Salak, Tajuddin Abdul Rahman mendedahkan dirinya terlibat dalam gerakan meminta Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi berundur dari jawatan tersebut sejak Mei 2020.


'Gerakan' itu katanya turut disertai oleh Datuk Seri Mohamad Hasan dan Datuk Seri Najib Razak ketika itu, sambil menunjukkan bukti bergambar di mana gerakan itu dibuat dalam mesyuarat pemimpin parti di rumahnya di Bukit Damansara. 


Katanya, perbincangan itu dibuat kerana bimbang dengan kes-kes mahkamah yang dihadapi oleh Zahid Hamidi sekali gus boleh menjejaskan imej UMNO yang dianggap sebagai liabiliti kepada parti sekiranya berdepan dengan Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 akan datang. 


"Tok Mat (Mohamad) dan Bossku (Najib) dan lain-lain yang saya sebutkan tadi kita nak buat satu memorandum. Ia pada Mei 2020 dan perhimpunan itu dibuat di rumah saya. 


"Kita nak minta dia turun secara baik. Kita tak naklah tendang-tendang, minta kita buat tinjauan ketua-ketua bahagian," katanya. 


Jelas Tajuddin lagi, Zahid Hamidi sebenarnya sudah lama dianggap tidak layak menjadi Presiden UMNO dan adalah lebih baik dia mengundurkan diri. 


Ditanya sama ada dia akan berdepan dengan tindakan berikutan pendedahannya itu, Tajuddin berkata dia bekas tahanan Akta Rahsia Rasmi (ISA) dan tidak takut dengan tindakan yang bakal dikenakan terhadapnya. 


Malah, Tajuddin menegaskan dia tetap akan mempertahankan kerusi Parlimen Pasir Salak dengan tiket calon BEBAS sekiranya dipecat daripada UMNO. 


"Kalau mereka (UMNO) berkasar, saya boleh berkasar tanding Bebas. Masa tsunami politik pun, sokongan saya naik, tak pernah kalah," katanya.


Dalam pada itu, Tajuddin juga menggesa Zahid Hamidi melepaskan jawatan Presiden UMNO dan memberi laluan kepada Ismail Sabri untuk kepentingan parti. 


"Untuk kepentingan parti, sudah sampai masa Zahid Hamidi dengan cara baik melepaskan jawatan Presiden parti, bagilah peluang kepada orang lain. 


"Zahid sudah menjadi liabiliti kepada UMNO, tak boleh mengepalai UMNO dalam PRU akan datang. Kita akan kalah, tanyalah orang awam, orang profesional," katanya. 


Sumber: Harian Metro

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo