Slider

'Tadi papa buka panties, gosok & masukkan finger dalam kemaluan Mai' - Ibu dedah 2 anaknya dicabul suami bertaraf VIP



Baru-baru ini, seorang aktivis masyarakat, Natipah Abu, berkongsi mengenai luahan hati seorang wanita mengenai nasib malang yang menimpa dua anaknya di mana mereka menjadi mangsa seksual bapa kandung sendiri. Lebih menyedihkan lagi, salah seorang mangsa merupakan orang kurang upaya (OKU). 


Menurut pengadu yang tidak didedahkan identitinya itu berkata, sudah bertahun dia bersabar dengan karenah bekas suaminya itu yang dikahwini selama 14 tahun.


"Dua anak saya dicabul oleh ayah kandung sendiri, termasuk seorang OKU. Mira, anak autism saya dan ketika kejadian itu berlaku, dia baru berumur 12 tahun. 


"Pagi sewaktu hendak pergi ke sekolah, anak mengadu rasa sakit di bahagian kemaluan. Dia menangis semasa mandi dan apabila saya memeriksa kemaluannya, terdapat kesan melecet dan kemerahan," katanya. 


Dari situ, timbul rasa curiga dan dia bertanyakan mengenai keadaan anaknya di dalam group autism dan meminta pandangan ahli kumpulan yang lain. 


"Ada yang berpendapat, ianya mungkin berpunca dari keputihan. Tetapi setahu saya, Mira tak ada keputihan sebab sejak dia berumur 10 tahun, saya sudah mula mengajarnya memakai pantiliner. Memang saya selalu memantau keadaan dia, tidak mungkin disebabkan keputihan," ujarnya. 


Akhirnya, kes itu dibiarkan berlalu begitu sahaja kerana anaknya juga tidak dapat menjelaskan apa sebenarnya yang telah berlaku. Tetapi rasa tidak sedap hati datang kembali apabila adik kepada Mira yang berusia tujuh tahun turut mengadu rasa sakit di bahagian kemaluan. 


"Dulu dia (bekas suami) buat pada Mira dan dia terlepas. Tetapi kali ini dia silap sebab dia buat pula pada adik Mira yang petah berkata-kata. 


"Saya ralat kerana meninggalkan anak pada petang (hari segala perbuatan bekas suami terbongkar) itu untuk menghantar ayah ke klinik. Saya meminta izin dari dia untuk menghantar ayah. Sebelum itu saya bertanya dia di mana dan katanya dia dalam perjalanan pulang ke rumah. Malah dia mengizinkan saya menghantar ayah ke klinik tanpa membawa anak-anak yang katanya tidak mahu mengikut saya. Lagipun, Maisara yang berusia tujuh tahun sedang tidur. 


"Kira-kira jam 7 petang, saya call rumah dan tanya anak sama ada bapanya sudah pulang atau tidak. Anak kata belum dan saya kata tak mengapa kerana sebentar lagi saya akan sampai ke rumah. 


"Sampai di rumah, saya nampak dia sedang duduk di sofa dalam keadaan yang tidak selesa. Seperti ada sesuatu yang tidak kena. Naluri seorang isteri, ditambah pula sudah lama bernikah, apabila suami menunjukkan kelakuan yang lain daripada biasa pasti akan dapat dihidu oleh isteri. 


"Tetapi dia masih diam dan saya sempat bertanya sama ada dia nak apa-apa sebelum saya pergi mandi. Dia kemudian meminta air panas dan saya buatkan. Selesai di situ, saya pun terus pergi mandi. 


"Selesai mandi, saya masuk ke bilik dan tiba-tiba Maisarah mengikut saya masuk ke bilik dan menutup pintu. Masa itulah Maisarah mula mengadu. 


"Tadi kan ibu, papa buka panties Mai. Papa gosok-gosok kemaluan Mai. Papa masukkan baby finger dalam kemaluan Mai, sakit.. pedih!" 


"Saya tergamam, antara percaya dengan tidak apa yang Mai baru katakan," katanya. 


Difahamkan, pasangan itu mempunyai empat anak perempuan, dua daripadanya OKU (autism dan ADHD). Malah kesemua anaknya telah diajar mengenai sentuhan selamat atau sebaliknya. 


Mendengar cerita Maisarah, pengadu cuba mengawal emosi diri dan berpura-pura tidak mengetahui apa yang berlaku serta melakukan rutin hariannya seperti biasa. 


Pengadu berkata, dia hairan dengan bekas suaminya yang tergamak mencabul anak-anaknya sendiri sedangkan lelaki itu sudah mempunyai empat orang isteri, belum ditambah dengan perempuan simpanan di luar. 


Pagi keesokan hari selepas lelaki itu keluar bekerja, pengadu segera pergi ke balai polis untuk membuat laporan. Malah dia bertanya kepada pegawai penyiasat sama ada polis akan mengambil kes itu kerana si pelaku bukanlah kalangan orang biasa-biasa. 


Maisarah kemudian dibawa ke hospital untuk menjalani pemeriksaan dengan pakar sebelum ditahan di wad selama tiga hari. Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga datang mengambil keterangan untuk membantu siasatan. 


Suami pengadu juga telah tampil menyerah diri dan ditahan reman untuk membantu siasatan. Pengadu turut dihubungi oleh madu-madunya, ahli keluarga, jiran-jiran dan kenalan lain untuk bertanya mengenai hal itu, tetapi semua itu tidak dapat dilayan buat sementara waktu. 


Rakan baik suami pengadu juga datang, alasan nak menziarahi ayahnya yang sedang uzur tetapi sebenarnya berhasrat untuk meminta pengadu menarik balik laporan polis yang dibuat terhadap si pelaku. Tambahan, tidak baik membuka aib suami. Tetapi pengadu tetap tegas mahu perkara itu disiasat dan diambil tindakan.


"Kes anak saya senyap lama. Kes naik semula apabila pegawai penyiasat yang baru mengambil alih uruskan kes lama yang telah lama tertangguh. 


"Saya dihubungi polis pada jam lima petang dan diminta datang ke mahkamah untuk menghadiri perbicaraan esok. Keesokan harinya di mahkamah, bekas suami minta buang kes sebab kes itu sudah lama. Tetapi hakim tidak setuju sebab kes belum lagi dibicarakan. Hakim kemudian menangguhkan perbicaraan kes sehingga diberitahu tarikh sebutan semula. 


"13 Julai 2020, terpahat memori hitam kami. Dan saya masih berjuang untuk membela anak saya walaupun tidak pasti apakah perjuangan ini akan berhasil. 


"Pesan saya kepada golongan ibu di luar sana, ajarlah anak-anak tentang sentuhan tidak selamat agar mereka tahu apa yang boleh dan sebaliknya walaupun dengan orang yang mereka sayang. Kerana nafsu yang rakus tidak mengenal batasan dan sempadan," katanya. 


Sumber: Natipah Abu

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo