Slider

'Tak adil salahkan Kelantan atau Kerajaan Negeri bila berlaku kes jenayah seksual' - Timb. MB



Timbalan Menteri Besar Kelantan, Mohd Amar Nik Abdullah kesal dengan tindakan sesetengah orang yang bermain dengan sentimen kenegerian apabila berlaku kes jenayah di negeri Kelantan. 


Beliau berkata, adalah tidak adil untuk menyalah kerajaan negeri dalam isu tersebut, tetapi tidak menafikan kes jenayah atau seksual berlaku di Kelantan, dan sejak kebelakangan ini jenayah seksual kerap dilaporkan di media. 


"Sebagai negeri yang menerima jolokan Serambi Mekah, itu tidak mewajibkan Kelantan menjadi negeri yang sempurna tanpa sebarang jenayah. 


"Banyak (dipaparkan) sebab akhbar yang melaporkan. Kalau tak lapor, tak ada. Kita tak nafi dan negeri lain mungkin kurang sebab kurang laporan. 


"Saya tengok sikap kita terutama netizen, apabila ada isu di Kelantan sahaja, ia jadi besar. Sedangkan masalah yang sama juga ada di negeri lain seolah Kelantan mesti 'perfect', tiada salah silap. 


"Walaupun kita tak nafikan masalah itu ada, tapi kita bukan lari dari masalah. Kita tahu dan berusaha," katanya. 


Menurut Amar, kerajaan negeri sentiasa mengutamakan dasar Membangun Bersama Islam dengan meningkatkan pendidikan agama dan memberi kefahaman secukupnya kepada rakyat negeri ini sebagai usaha mengekang masalah seumpama itu. 


Namun, teknologi yang semakin canggih dan dunia tanpa sempadan menjadi cabaran besar untuk kerajaan negeri dalam menangani masalah jenayah yang berlaku. 


Bagi Amar, semua pihak terutamanya rakyat perlu memainkan peranan dan bukan hanya meletakkan tanggungjawab kepada kerajaan serta pihak berkuasa semata-mata untuk menangani masalah tersebut. 


"...dunia sekarang dunia terbuka, kita mengajar agama sekalipun, ia (perkara negatif) akan masuk melalui internet, siapa nak kawal? 


"Tak boleh letakkan kesalahan ini kepada kerajaan semata-mata. Takkan bila ada kesalahan mencuri, kita kata ini salah polis, buat apa sampai orang mencuri. Masing-masing ada tanggungjawab, apabila kita orang Islam, kena hidup dalam ajaran Islam. Tak adil salahkan ornag lain atas kesalahan diri,' katanya. 


Sumber: Harian Metro

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo