Slider

(Video) Pasangan kekasih diikat, disebat 20 kali selepas video seks mereka tular di media sosial



Sepasang kekasih telah diikat dan disebat 20 kali setiap seorang, selepas video seks mereka tular meluas di media sosial. 


Penduduk Wa, di Ghana, bertindak menangkap dan menghukum pasangan itu kerana penularan video lucah tersebut didakwa telah mencemarkan nama baik bandar itu.


Gambar tular menunjukkan pasangan terbabit diikat di tiang secara berasingan di perkarangan Istana Wa Naa, pada Selasa, 31 Mei 2022. 


Menurut individu yang menculik dan menjatuhkan hukuman pada pasangan itu, yang memetik fahaman Islam dalam tindakan mereka berkata, perbuatan merakam video seks adalah salah dan lebih teruk lagi apabila menyebarkan video itu di media sosial. 


Lapor media tempatan, pasangan itu diarak ke istana tersebut untuk dijatuhkan hukuman. Tetapi Wa Naa (Raja orang Wala) tidak datang, lalu mereka mengambil keputusan untuk memberi 20 sebatan ke atas pasangan itu. 



Wa Naa atau namanya, Na Fuseini Seidu Pelpuo IV berkata, dia yang membenarkan hukuman itu dijalankan bagi memupuk disiplin di kalangan anak-anak muda di bandar tersebut. 


"Selain hukuman sebat, ibu bapa kepada pasangan itu akan bersetuju untuk membenarkan mereka berkahwin dan kekal sebagai pasangan," katanya. 


Persatuan Peguam Ghana (GBA), bagaimanapun mengecam tindakan penduduk yang melaksanakan hukuman itu sendiri yang disifatkan sebagai mundur dan keterlaluan. 


"Hukuman sebat ke atas orang muda adalah tindakan kuno, mundur, biadab dan keji! Perbuatan biadab itu melanggar Perkara 12 (2) dan 15 (1)(2)(a) dan (b) Perlembagaan 1992," kata kenyataan GBA.


Sehubungan itu, GBA menyeru agensi keselamatan yang berkaitan menahan semua yang terlibat dalam kejadian itu dan mendakwa mereka mengikut undang-undang. 


Sumber: Daily Star

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo