Slider

Wanita hamil 7 bulan ditemui mati dengan kesan tembakan di perut



Seorang wanita hamil ditemui mati dengan kesan tembakan di perut dalam sebuah kereta yang diparkirkan di tepi jalan. 


Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, mangsa yang juga peniaga berusia 26 tahun itu, hamil tujuh bulan ditemui oleh orang awam pada jam 4 petang kelmarin dalam keadaan terbaring di tempat duduk pemandu. 


"Pemeriksaan mendapati terdapat kesan tembakan di perut kiri mangsa dan ibu mangsa memaklumkan wanita itu mengandung tujuh bulan. 


"Hasil tembual saksi juga mendapati, kenderaan jenis Nissan Cefiro diparkirkan di tepi jalan sejak petang kelmarin. 


"Terdapat satu biji kelongsong peluru ditemui di bahagian kaki tempat duduk penumpang belakang sebelah pemandu. Semakan awal mendapati kenderaan terbabit didaftarkan atas nama mangsa sendiri," katanya. 


Susulan penemuan mayat mangsa, polis telah menahan seorang buruh lelaki berusia 40 tahun pada jam 11.30 malam tadi, di Pasir Mas. 


Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Pasir MAs untuk dibedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. 


Sumber: Harian Metro

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo