Slider

'Yang kau tengking, herdik tu keluarga aku, bukan anak-beranak kau tau'



"Kalau aku seorang saja yang cakap pasal benda ni, mungkin kau boleh cakap aku fitnah atau aku menuduh. Tetapi benda ni ramai pelanggan yang dah kena, cuma tak berani nak bersuara. Yang kau tengking, herdik tu keluarga aku, bukan anak-beranak kau tau," demikian kata SisYana.


Terdahulu, anak kepada pemilik Restoran 35 di Bandar Hilir, Melaka, menjelaskan ibunya sememangnya berperangai seperti itu dan bagi pelanggan yang sudah biasa datang ke premis mereka, faham dengan situasi tersebut. 


BACA: ‘Takde duit jangan bawa mak bapak makan’ - Viral peniaga Restoran 35, maki pelanggan di Melaka


Tetapi, SisYana tidak dapat menerima keluarganya dilayan seteruk itu. Dalam perkongsian terbarunya, SisYana memuat naik video pemilik restoran itu yang dikatakan memerli mereka sekeluarga ketika sedang menjamu selera. Tindakan pemilik premis itu membuatkan mereka berasa kurang senang. 


"Dengar dengan jelas suara dari mana yang perli-perli tu. Orang tengah nak menjamu selera dah ni, kau memekak-mekak lagi kenapa?" 



SisYana juga menerima makluman dari salah seorang pelanggan restoran tersebut yang juga datang pada hari sama dan kejadian yang sama berlaku. 


BACA: 'Memang itu perangai mak saya' - Anak peniaga Restoran 35 tampil pertahankan ibu, dakwa pengadu cari publisiti murahan


"Saya pergi 7 Jun tu pun dia maki hamun customer yang datang. Ya Allah, dahsyat mulut dia. Bukan kasar dah tu, tetapi biadap. Rata-rata customer dalam tu jadi tergamam. Dia maki hamun customer sebab dia tak dan nak kencing, customer datang tak berhenti-henti. Siap cakap customer ni macam setahun nak makan, macam baru keluar dari hutan. 


"Saya rasa yang ramai (pelanggan) tu sebab orang tak ada pilihan dan mungkin baru pertama kali datang. Makcik tu memang macam tu, buat tak dengar je, pekakkan telinga. Tetapi kita yang datang makan kat situ rasa tak selesa. Tengah makan, orang dok maki hamun kita. Macam kita pula yang buat masalah. 


"Sebelum tu dia cakap, 'korang tengok lauk takde, korang makan ikan kering ni dengan nasi'. Tak berhenti sis, dari saya masuk sampai siap makan, dia maki customer," katanya. 





Semakan di Google Reviews juga mendapati ramai yang mengadu perkara yang sama.




Sumber: FB SisYana, Google Reviews

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo