Slider

'14 tahun PH jaga, Stadium Shah Alam hancur' - kata Najib, tetapi dibidas netizen dengan isu air di Pekan



Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari sebelum ini tidak menafikan bahawa terdapat cadangan untuk merobohkan Stadium Shah Alam. Namun, pihaknya akan tampil memberi penjelasan secara terperinci mengenai cadangan pembangunan baharu itu pada 16 Julai ini.


Isu stadium itu turut menarik minat bekas perdana menteri Najib Razak untuk mengulas. Najib berkata, selama 14 tahun Selangor ditadbir oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH), bagaikan tiada usaha untuk membaik pulih stadium berkenaan. 


"Stadium Shah Alam sarat dengan sejarah dalam kancah bola sepak tempatan. Tidak boleh dipisahkan dengan Selangor FC sebagaimana Old Trafford dan Anfield dikait rapat dengan Manchester United dan Liverpool. 


"Dengan kapasiti 80,300 orang, ianya antara stadium tersebesar di Asia dan dunia. Hanya dibina pada tahun 1994, umur stadium cuma 14 tahun sebelum penjagaannya diambil alih oleh kerajaan Pakatan Rakyat/Pakatan Harapan pada tahun 2008. 


"Selepas 14 tahun PH jaga, stadium ini dikatakan mengalami kerosakkan teruk dan tidak dapat diselamatkan? Bakal diroboh dan diganti dengan stadium baharu berkapasiti 30,000 hingga 40,000 sahaja dengan alasan stadium yang lebih kecil adalah lebih mudah dijaga? Kurang separuh dengan Stadium Alam Shah? 


"Apa yang PH buat dalam tempoh 14 bulan, yang mereka jaga stadium ini? Kenapa apa yang jatuh ke tangan PH akan hancur? Stadium Merdeka berpuluh tahun lebih tua, takde pula kita pernah nak robohkan," katanya.


Bagaimanapun, netizen membidas Ahli Parlimen Pekan itu yang didakwa hanya tahu mencari kesalahan orang lain, namun terlupa masalah yang dihadapi oleh penduduk Pekan juga sudah sekian lama tidak ditangani. 


"Entahlah Najib. 40 tahun awak jadi Ahli Parlimen Pekan, sampai pagi ini hampir setiap hari Pekan tak ada air. Kalau hari-hari ada air pun slow. Tak tahulah awak buat apa selama 40 tahun tu," kata Leya Kaisara. 


"10 tahun hang jaga negara, habis duit rakyat hang sapu. Sampai negara terpaksa bayar hutan RM38.8 bilion. Tiga generasi anak cucu cicit kena bayar hutang yang hang buat," kata Mohd Salleh. 


"Bab muka tak malu, ni aku betul-betul tabik spring kat Najib. Kau hebat la bro," kata Nasharuddin Salleh Al-Johari. 


"Najib cuba menjadi hero? Silap banyaklah kau Jibby. Jadi hero diri sendiri, hadir je ke mahkamah, jangan cipta beribu alasan tangguhkan kes tu," kata Mady Abdul Sani. 


Sumber: Astro Awani

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo