Slider

'Aku tarik tudung perempuan!' - YouTuber dikecam buat prank calarkan maruah wanita bertudung



Tular di media sosial video seorang YouTuber bernama Nick, melakukan prank menarik tudung wanita, mengundang pelbagai kecaman netizen. 


Video yang dimuat naik di saluran YouTube Nick Channel itu, menunjukkan lelaki terbabit melakukan prank menarik tudung wanita yang didakwa tidak dikenali bagi menarik melihat reaksi mangsanya. 


Walaupun tahu video prank itu bakal menerima kecaman, Nick menegaskan dia tidak kisah dan tetap meneruskan niatnya untuk melakukan prank tersebut. 


"Aku nak kacau perempuan yang pakai tudung. Aku akan tarik tudung dia! Aku nak tengok, dia nak marah aku ke, tumbuk aku ke, apa kan, itu suka hati dia," katanya dalam video tersebut. 


Selepas menarik tudung mangsa pertama, Nick terus menjelaskan bahawa dia sengaja berbuat demikian semata-mata konten untuk videonya. 


"Kau tahu tak aku ni perempuan?!" kata mangsa. 


Nick kemudian memohon maaf dan menjelaskan dia akan 'menghulur' sesuatu kepada mangsanya kerana sudi 'bekerjasama' dalam menjaya video prank tersebut. 


Selepas berjaya mengenakan mangsa pertama, Nick menyasarkan mangsa kedua yang sedang leka berbual di telefon bimbit. Di kala mangsa tidak menyedari kehadiran orang di belakangnya, Nick terus menarik tudung mangsa. 


"Astaghfirullalazim! Tak, kau siapa?! Aku tengah call orang tau tak?! Kau buat aku terkejut. Ni apa ni, prank apa?? Ingatkan perompak ke, pencuri ke. Kalau dengan orang tua kau jangan buat macam ni," katanya. 


Sekali lagi Nick berkata dia akan menghulurkan sesuatu kepada mangsa kedua. 



Tindakannya itu mengundang kecaman netizen yang meminta mangsa membuat laporan polis kerana bukan sahaja mencalar maruah, malah mencabul kehormatan wanita. 


"Content creator takde bab lain dah nak dijadikan content? Bab maruah wanita, syariat Allah juga yang kau buat main. Kau nak cabar siapa? Allahurobbi, mendidih rasanya darah. 


"Sebahagian content creator sekarang ini semakin melampau dan mula membuat sesuatu yang tidak bertamadun dan tidak berakhlak. Tujuan? Nak undang kecaman? Makian? Nanti naik rating? Allahu,' kata Engku Nisa yang kesal dengan tindakan YouTuber kurang cerdik berkenaan. 


Bagaimanapun, Engku Nisa berkata, sekiranya YouTuber berkenaan berkomplot dengan dua wanita terbabit, mereka 'bermain dengan api neraka' dan akan menerima balasanNya. 


"Kalaulah ini dirancang, kamu yang merancang semuanya, perancangan, pelaksana, pelakon, jurukamera dan semua yang terlibat, sedarlah kamu bermain api dengan siapa. Sedarlah Allah yang Maha Gagah boleh melenyapkan perbuatan kamu yang mengundang murka Allah ini sekelip mata sahaja," katanya.


"Tak menghormati maruah wanita langsung. Sikit pun kau tak sensitif. Ada mak? Ada isteri? Ada kakak atau adik perempuan? Ada saudara mara perempuan tak? Takde rasa takut ke? Ingat, Allah itu ada. 


"Sikit-sikit content, ni kau post ada minta izin family dengan suami dia? Kau lelaki sepatutnya melindungi maruah wanita, ni post kat public bukan main riak lagi bercakap. Tak fikir ke masa nak buat?" kata Nadiah Abdullah. 


"Bab aurat, adab, mak ayah tak tegur? Tak pergi sekolah dan belajar kat sekolah? Bila orang Islam sendiri tak reti hormat agama sendiri, macam mana agama lain nak hormat agama kita? Buat content, biar matang brother. Sadis!" kata Kazuhiko. 


Sumber: Nick Channel

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo