Slider

Amber Heard gesa mahkamah batalkan keputusan mahkamah yang berpihak kepada Johnny Depp



Pasukan undang-undang Amber Heard memfailkan usul agar keputusan perbicaraan fitnah terhadap bekas suaminya, Johnny Depp, dibatalkan dan kes dibicarakan semula. 


Peguam yang mewakili Heard, 36, memfailkan usul itu pada Jumaat lalu atas alasan bahawa keputusan dia memfitnah Depp, 59, tidak disokong oleh bukti. 


Mereka juga mendakwa bahawa salah seorang juri tidak ditapis dengan betul dan mempersoalkan kelayakan juri berkenaan. 


Usul itu menimbulkan keraguan tentang kesahihan proses pemilihan juri yang dikenal pasti sebagai Juror 15, yang tahun kelahirannya disenaraikan sebagai 1945 dalam rekod mahkamah. Mereka juga mendakwa Juror 15 berkenaan dilahirkan selepas 1945 iaitu 1970.


Dalam memorandum setebal 43 muka surat, peguam Heard berhujah bahawa keputusan itu di mana Heard perlu membayar saman fitnah sebanyak $10 juta kepada Depp, perlu dibuang dengan alasan Depp memfailkan saman fitnah itu berdasarkan teori implikasi dan meninggalkan sebarang dakwaan bahawa kenyataan Cik Heard sebenarnya palsu. 


Heard juga berkata bahawa dia tidak dapat membayar ganti rugi $10.35 juta itu kepada Depp, walaupun sebelum ini dia mengatakan dia mahu membuat rayuan terhadap keputusan itu dan untuk berbuat demikian dia perlu menghantar bon ganti rugi penuh.


Heard juga berhujah bahawa ganti rugi yang dikenakan oleh mahkamah juga adalah berlebihan.


Sebelum itu, Hakim Penney Azcarate telah menjelaskan bahawa dia tidak mahu kes itu diteruskan dan menolak permintaan pasukan Heard untuk perbicaraan lanjut semasa perbicaraan terbaharu berkaitan kes itu pada 24 Jun lalu di mana hakim memuktamadkan keputusan dalam rekod mahkamah. 


Hakim Azcaret turut memberitahu pasukan Heard pada hari yang sama, sekiranya mereka mahu membuat rayuan, mereka boleh memfailkan rayuan dengan mahkamah.


Kedua-dua selebriti itu didapati telah memfitnah satu sama lain pada keputusan yang dibuat Jun lalu, tetapi kemenangan berpihak kepada Depp. 


Depp diberi ganti rugi sebanyak $10.35 juta daripada Heard, manakala Heard hanya diberikan ganti rugi $2 juta daripada Depp. Keputusan itu menjadikan jumlah ganti rugi yang perlu dibayar Heard kepada Depp adalah $8.35 juta. 


Heard kemudian mengaku melalui peguamnya bahawa dia tidak mampu membayar Depp dan sehari selepas keputusan mahkamah itu, dia mengatakan pihaknya akan membuat rayuan. 


Heard juga merancang untuk menulis buku untuk menceritakan 'semuanya' bagi mendapatkan wang untuk membayar ganti rugi tersebut. Malah, dia menganggap kerjayanya di Hollywood juga sudah tamat. 


Sumber: Daily Mail

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo