Slider

Aplikasi TikTok akan dipadamkan dari App Store & Google Play kerana jurutera di China dikesan boleh ceroboh data pengguna



Ketua Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan (FCC) Amerika Syarikat telah menggesan Apple dan Google untuk membuang aplikasi TikTok dari gedung aplikasi masing-masing atas kebimbangan keselamatan data berkaitan China. 


Aplikasi video pendek yang sangat popular dimiliki oleh syarikat China, ByteDance, sebelum ini pernah menjadi sasaran bekas presiden Amerika, Donald Trump, berhubung dakwaan pencerobohan data. 


Brendan Carr, salah seorang pesuruhjaya FCC, berkongsi sepucuk surat keapda Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook dan Ketua Pegawai Eksekutif Alphabet, Sundar Pichai melalui Twitter yang menunjukkan laporan dan perkembangan lain menunjukkan TikTok tidak mematuhi dasar gedung aplikasi kedua-dua syarikat berkenaan. 


"TikTok bukanlah seperti apa yang dijangkakan, ia bukan sekadar aplikasi untuk berkongsi video lucu atau meme. Pada terasnya, TikTok berfungsi sebagai alat pengawasan canggih yang mengumpul sejumlah besar data peribadi dan data sensitif. Laporan terbaru menunjukkan data pengguna boleh diakses dari Beijing," katanya.


Tambahnya lagi, bukan hanya video pengguna TikTok yang boleh diakses, malah data pencarian, sejarah pencarian, kata kunci yang digunakan, biometrik pengesahan (cap jari, muka dan suara), draf mesej, metadata, perkataan, gambar dan video yang telah disalin juga boleh diakses oleh jurutera TikTok.



Ketika dihubungi oleh media CNBC untuk mendapatkan maklum balas mengenai dakwaan itu, Alphabet, Apple dan TikTok tidak memberi sebarang respon. 


Surat yang dikeluarkan Carr bertarikh 24 Jun dengan kepala surat FCC berkata, jika Apple dan Alphabet tidak mengeluarkan aplikasi itu dari gedung masing-masing, dua syarikat berkenaan perlu tampil memberi penjelasan kepadasnya sebelum 8 Julai ini.







BuzzFeed News pada awal bulan lalu melaporkan rakaman kenyataan dari kakitangan TikTok menunjukkan bahawa jurutera di China mempunyai akses kepada data pengguna TikTok di Amerika antara September 2021 dan Januari 2022. 


"Seperti kebanyakan syarikat global, TikTok mepunyai pasukan kejuruteraan di seluruh dunia. Kami menggunakan kawalan akses seperti seperti penyulitan dan pemantauan keselamatan untuk melindungi data pengguna dan proses kelulusan akses diawasi oleh pasukan keselamatan kami yang berpangkalan di Amerika. 


"TikTok secara konsisten mengekalkan bahawa jurutera kami di lokasi di luar Amerika termasuk di China, boleh diberikan akses kepada data pengguna Amerika atas dasar yang diperlukan di bawah kawalan ketat tersebut." 


Sumber: CNBC, Hindustan Times

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo