Slider

Bapa lapor polis anak perempuannya dirogol, rupa-rupanya dia juga merogol anaknya sendiri



Seorang lelaki di Ambon, Indonesia, membuat laporan polis mendakwa anak perempuannya telah dirogol oleh seorang lelaki berusia 49 tahun. 

Bagaimanapun, setelah disiasat polis mendapati, pengadu rupa-rupanya turut melakukan perbuatan keji itu terhadap mangsa. Lebih teruk lagi, mangsa telah dirogol bapanya sendiri ketika dia masih bersekolah dan kali terakhir kejadian berlaku pada Rabu, 22 Jun 2022 di kediaman mereka.


Menurut jurucakap polis, lelaki itu terdahulu membuat laporan mendakwa anaknya telah dirogol. Polis kemudian menahan dan menyiasat individu yang didakwa berkenaan. Polis turut mengambil keterangan daripada mangsa, tetapi kelakuannya yang gelisah serta tidak senang duduk menimbulkan rasa curiga polis. 


Setelah didesak oleh pegawai penyiasat, akhirnya mangsa menceritakan perbuatan keji bapanya yang membawa kepada penahanan lelaki itu. 


"Kita cuba mengambil keterangan dari mangsa, tetapi dia kelihatan gelisah, tidak senang duduk. Setelah didesak oleh pegawai penyiasat, barulah dia mendedahkan segala perbuatan ayahnya. 


"Berdasarkan maklumat itu, polis telah menahan suspek pada Sabtu, 2 Julai 2022. Suspek sendiri mengaku telah merogol mangsa beberapa kali," katanya.  


Suspek kini berdepan dengan hukuman penjara 20 tahun atas kesalahan merogol di bawah Akta Perlindungan Kanak-Kanak. 


Sumber: Kompas

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo