Slider

Bapa rogol anak tiri berusia 10 tahun ditahan polis



Polis menahan seorang penganggur kerana disyaki merogol anak tirinya berusia 10 tahun dalam kejadian di sebuah rumah di Kuala Nerus. 


Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din berkata, suspek berusia 40 tahun itu ditahan pada jam 1.50 tengah hari Isnin lalu.


Perbuatan suspek terbongkar selepas mangsa menceritakan kejadian itu kepada gurunya yang kemudian membuat laporan polis. 


Menurut Abdul Rahim, pihaknya terus bertindak menahan suspek sebaik saja menerima laporan itu dan siasatan awal mendapati, suspek melakukan perbuatan terkutuk itu sejak setahun lalu. 


Semakan rekod juga mendapati suspek mempunyai dua rekod jenayah lampau berkaitan kes ugutan yang mendatangkan kecederaan. Suspek kini direman selama seminggu untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan. 


Mangsa telah dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk pemeriksaan lanjut. 


Ibu bapa dan penjaga dinasihatkan untuk sentiasa memantau perubahan anak bagi mengelakkan kejadian serangan seksual terus berlaku. 


Sumber: Harian Metro

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo