Slider

Bapa rogol & liwat anak dipenjara 32 tahun, 22 sebatan

Foto sekadar hiasan



Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini menjatuhkan hukuman penjara 32 tahun dan 22 sebatan ke atas seorang lelaki berusia 50 tahun kerana didapati bersalah atas pertuduhan merogol dan meliwat anak kandungnya. 


Hakim Nooriah Osman menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati tertuduh bersalah terhadap tiga pertuduhan yang didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan dan satu pertuduhan mengikut Seksyen 377 (c) Kanun Keseksaan. 


Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh didakwa merogol mangsa yang ketika itu berusia 15 tahun di sebuah rumah di Hulu Terengganu, jam 12 tengah hari, 14 Ogos 2019. 


Tertuduh kemudian mengulangi kesalahan yang sama terhadap mangsa di lokasi sama pada jam 2 petang, 26 November 2019. 


Untuk pertuduhan ketiga, tertuduh meliwat mangsa di lokasi yang sama pada 26 November 2019. 


Hakim kemudian menjatuhkan hukuman penjara 16 tahun dan 10 sebatan bagi pertuduhan pertama dan kedua, manakala hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan bagi pertuduhan ketiga. 


Mahkamah mengarahkan hukuman penjara bagi pertuduhan pertama dan kedua dijalankan secara berasingan, manakala hukuman penjara bagi kesalahan meliwat berjalan serentak dengan pertuduhan kedua. 


Mahkamah memerintah hukuman penjara ke atas tertuduh bermula dari tarikh tertuduh ditangkap, 2 Disember 2019. 


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Intan Nor Hilwani Mat Rifin dan tertuduh diwakili peguam Mohd Hayyatuddin Muhamad. 


Sumber: Harian Metro

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo