Slider

'Baru nak hadiahkan jam tangan, lepas ni Dato pakai selipar aja' - Pemangku Raja Johor respon laporan China Press berhubung kasut bernilai RM40K



Isu kasut bernilai ribuan ringgit yang melanda Menteri Besar Johor, Onn Hafiz, menarik perhatian Pemangku Raja Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.


Tunku Ismail melalui Twitter, menasihatkan agar Onn Hafiz tidak mengendahkan isu yang dilaporkan di akhbar itu dan terus memberi fokus pada kerja menguruskan pentadbiran negeri. 


Dalam masa sama, Tunku Ismail mencadangkan Onn Hafiz memakai selipar selepas ini. 


"Benda macam ini pun jadi isu? Dato, saya cadangkan lepas ni Dato pakai selipar aja. Baru semalam saya terfikir nak hadiahkan jam tangan pada Dato dan beberapa pegawai kerajaan. 


"Dato, nasihat saya jalankan tugas untuk negeri Johor. Jangan melayan sangat apa orang nak cakap. Yang penting, buat kerja," tulisnya. 




Portal China Press sebelum ini menerbitkan berita berhubung isu kasut yang dimiliki oleh Onn Hafiz bernilai RM40,000. Media berkenaan menerbitkan laporan itu berdasarkan sumber dari pengguna Facebook. 


Onn Hafiz bagaimanapun tampil menjelaskan bahawa laporan China Press itu telah memfitnahnya sehingga menyebabkan dia ditohmah oleh netizen di media sosial. 


Jelas Onn Hafiz, kasut itu adalah kurniaan dari Sultan Johor dan ia bukanlah perkara baharu kerana ada juga pegawai kerajaan negeri Johor yang lain turut dikurniakan benda-benda yang seumpama itu sebagai motivasi agar sentiasa bekerja keras untuk rakyat. 


Sumber: Twitter Tunku Ismail

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo