Slider

Baru selesai bayar ikat jamin & dibebaskan, Siti Nuramirah ditahan pula oleh Jawi

Foto The Star



Baru saja dibebaskan dengan ikat jamin RM20,000 pagi tadi, Siti Nuramira ditahan pula oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta. 


Pegawai JAWI berkata, Siti Nuramira ditahan selepas selesai membayar ikat jamin yang dikenakan dan sekurang-kurangnya lapan pegawai JAWI dilihat mengiring wanita itu untuk melakukan penahanan. 


Peguam kepada Siti Nuramira, Ramesh NP Chandran berkata, anak guamnya ditahan dan akan didakwa oleh JAWI di Mahkamah Syariah pada esok atau lusa. 


Semalam, kumpulan hak asasi manusia Lawyers for Liberty (LFL) dilaporkan berjaya mengumpul kutipan derma RM40,000 untuk membayar ikat jamin Siti Nuramira dan pasangannya, Alexander Navin. 


LFL menjalankan inisiatif itu untuk memastikan pasangan berkenaan dapat hadir pada perbicaraan mahkamah berikut. 


Siti Nuramira pada 4 Jun lalu didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan menyebabkan ketidakharmonian menggunakan agama di kalangan sesama Islam semasa membuat persembahan komediri di Crackhouse Comedy Club Kuala Lumpur. 


Wanita itu membuat pengakuan tidak bersalah dan meminta untuk dibicarakan. Hakim Siti Aminah Ghazali kemudian membenarkan dia diikat jamin RM20,000 dan 1 September depan untuk sebutan semula kes. 


Sumber: MalaysiaKini, Harian Metro

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo