Slider

Bengang dituduh goda isteri orang, lelaki tumbuk suami sepupunya



Seorang lelaki bertindak menumbuk suami kepada sepupunya kerana tidak berpuas hati dituduh menggoda isteri orang.


Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhammad Zaki Harun berkata, kejadian itu berlaku pada jam 6 petang Ahad, 24 Julai 2022, di Tanah Merah. 


Siasatan mendapati, sebelum kejadian itu mangsa berusia 35 tahun pergi ke stesen teksi untuk berjumpa dengan suspek dan berlaku perselisihan faham di antara mereka. 


"Perselisihan faham itu berpunca daripada tuduhan kepada suspek yang dikatakan menggoda isteri mangsa, namun suspek tidak mengaku berbuat demikian. 


"Suspek bagaimanapun mengaku rapat dengan isteri mangsa disebabkan hubungan sepupu antara suspek dengan wanita terbabit," katanya. 


Mangsa mengalami bengkak di bahagian pipi kanan akibat ditumbuk sebanyak sekali oleh suspek menggunakan tangan kirinya.


Ekoran kejadian itu, suspek yang berusia 42 tahun tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah untuk diambil keterangan dan siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan. 


Sumber: Harian Metro

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo