Slider

'Dari situ aku tahu kereta aku kena curi' - Toyota Alphard bernilai RM361,723 hilang selepas disewakan melalui aplikasi Trevo



Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor memaklumkan pihaknya mengesan satu bebenang di Twitter yang sedang tular di mana individu berkenaan mendakawa kereta Toyota Alphard milik isterinya telah dilarikan oleh penyewa. 


"Kertas siasatan telah dibuka oleh Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields yang membabitkan suspek lelaki tempatan dan kenderaan Toyota Alphard bernilai RM361,723," katanya. 


Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan orang ramai tidak menimbulkan sebarang spekulasi berkaitan dengan kes itu.


KRONOLOGI PENUH KEJADIAN KEHILANGAN TOYOTA ALPHARD


Aku rasa thread ini deserved 1,000 retweet untuk awareness. Aku tak nak benda yang terjadi dekat aku, terkena pada orang lain. Sebab ini pengalaman aku yang menjadi punca kereta Toyota Alphard hilang.


Hari tu, aku ada share pasal app Trevo di Twitter. Trevo ni ramai tahu dia anak syarikat kepada Socar. Selepas aku baca posting Facebook dekat mamat ni, jadi aku gunakan referral dia untuk cuba app ni. 


Masa mula-mula, aku dapat first booking, aku reject sebab aku macam tak konfiden lagi. Plus, dia booking sampai tiga hari. 




Selepas itu aku dapat second booking pada 29 Jun 2022, lebih kurang pukul tiga petang. Aku tengok booking dia satu hari je. Selepas discuss dengan wife, aku pun accept. (Booking ID ni yang previous, yang baru berubah bila guess tu cancel and then rebooking balik - same delivery and name). 




Wakil Trevo (known as dasher) yang pick up kereta aku dari rumah dan hand over direct to guess dekat Nexas, Bangsar South. Untuk pengetahuan, Trevo sepatutnya dah verify user IC dan gambar. Tapi ada benda yang kejap lagi aku cerita, menunjukkan apps Trevo ini tak reliable dari segi safety. 




So, sepatutnya kereta aku sampai dekat tangan pukul 8.30 malam pada 20 Jun 2022. Tapi bila dah assign dasher and nak pergi ambil kereta, guess tu cakap dekat dasher untuk cancel pickup sebab dia nak hantar sendiri. 



Of course aku suruh guess inform Trevo and sebab aku sendiri tak percaya guess, aku sendiri pun inform Trevo. So my nightmare start bila I ask Trevo the status and wakil Trevo beritahu guess cakap dekat dia bagi member pakai pergi Banting. 





Aku terus text guess dan dari situ aku dah tahu yang kereta aku kena curi. 


Mamat tu masa mula-mula masih boleh text, tapi dia cakap dia pergi cari kereta la bla.. bla.. bla. But aku sure dia just nak delay. What make more worse, yang GPS kereta aku baru order a day before booking dan tunggu Shopee delivery. So kereta aku bagi tu tak boleh nak trace. 


Dalam masa 24, aku terus buat laporan polis dan kes aku dikategorikan sebagai kes komersil, bukannya jenayah kereana melibatkan aplikasi Trevo ni. Masa buat laporan itu barulah aku tahu kalau sewa kereta ni, insurance tak boleh cover. Bila polis share pasal tu, aku terus menyesal beb. 


Dalam aplikasi Trevo tak ada pun jelaskan tentang perkara ini. Tak ada orang beritahu, Trevo yang memang dah biasa deal dengan insurance pun tak ada inform tentang benda ni. 




Yang jadikan kes ini lebih teruk, Trevo bawa detail user untuk support document report, verification user Trevo ini memang tak boleh pakai. Boileh dia approve verification orang siap pakai spek mata macam ni? Muka dia dengan mamat dalam IC itu pun tidak sama langsung. 

Polis memang questioning banyak benda pasal Trevo ni. Contoh, apa jaminan Trevo bila jadi kes macam ni. Masa deliver kereta, ada sign apa-apa dokumen tak? Ayat paling pedas, "Mana kau tahu yang Trevo tak berpakat dengan orang tu untuk ambil kereta kau, verification pun main cincai". Bernanah telinga aku sampai pukul 1 pagi buat report dekat balai polis Trevers Bangsar sebab kereta last seen area situ. 


Masa tengah bersoal jawab dengan polis on duty tu, polis tunjuk ada cover report yang dibuat pada 25 Jun, kes sama ada orang guna IC pengadu untuk curi van Hiace. Lagi satu cover report 30 Jun pasal salah guna IC dia untuk curi keret aku. 


Kes ini berat, aku ada borak dengan brade yang buat report 25 Jun tu. Dia someone juga, tapi kes dia pun polis Subang ambil report tapi tak nak buka kes. Kalau kes menteri, aku rasa seminggu dah jumpa balik kereta. 


Sebab apa aku cakap? Sebab dekat cover report owner IC tu ada benda suspicious yang aku baca. Dia cakap dia serah IC dan card bank dia dekat member nama Sam. Maksudnya dia ada direct contact dengan suspek. Kalau betul polis nak cari, senang je nak trace. 


Part aku, aku dah buat sehabis baik. Aku dah guna segala sumber aku untuk cari kereta. Tapi kalau dengan kuasa dan sumber polis, aku rasa sekejap je dah boleh dapat. Sebab alamat dan nombor telefon owner IC sudah ada. 


Jadi, aku harap korang boleh panjangkan (tularkan) lagi supaya ramai yang uninstall apps Trevo untuk elak kejadian yang sama berulang. Lama hutang nak kena tanggung ni. 




Aku frust sebab kereta tu aku beli untuk hadiahkan kepada wife. Seminggu dah wife aku murung. Aku syak sindiket ini ada orang dalam sebab sekarang dekat app Trevo dah hilang booking tu tiba-tiba. Tak pelik ke? 


Orang Trevo suruh send email, sampai sekarang tak ada reply. Kalau live chat tu tak sampai dua minit dah ada orang reply. Tapi tak membantu langsung. 




Jadi, saya mohon jasa baik semua tolong sebarkan thread ini sehingga si pelaku ditangkap. Sesiapa yang jumpa dan bawa kereta depan aku all in one piece, aku bagi RM2,000 sebagai ganjaran. Aku tambah RM1,000 lagi kalau dapat sekali dengan India tu. 


Kalau korang lalu sebelah Alphard model AGH30 ni, tolong usha-usha roadtax dan check number plate. Aku rasa masih dalam area Lembang Klang atau Banting sebab barang masih panas lagi. 







Page besar Facebook pun harap sebarkan sebab ini berkaitan syarikat besar yang siap ada billboard. Risau kalau lebih ramai yang akan menjadi mangsa. 


Kalau ada member duduk di belah Thailand, minta tolong juga usha sana sebab ada kes dia bawa ke Thailand. Info terbaru, ada yang ternampak Alphard ini di Klang. 






Akhirnya dengan kuasa viral, person in charge call. Akhirnya aku dapat orang yang sepatutnya liaise dengan management tentang isu aku ini. Kini, misi untuk mendapatkan kereta semula. 


Kes aku dah sampai senior management level. I will be meeting them. Doakan urusan aku dipermudahkan. 


Just had a meeting with senior management Trevo. Currently, Trevo will provide temporary solution by sending me new car. And Trevo said, will compensate if they can't retrieve the car.




My case getting more interesting. GM Trevo personally contacting me offer to add another RM5,000 to anyone who manage to find and bring the car to me. So sekarang total reward kalau sesiapa jumpa in one piece is, RM7,000, termasuk jumpa si pelaku dan aku tambah lagi RM1,000. 


Sejak thread ini viral, aku dapat banyak DM kes kereta model Toyota Alphard ini hilang. Modus operandi diorang ni, dia contact owner thru apps and request nak deal tepi, cakap akan bayar extra. So geng, diorang tahu yang owner takkan report sebab insurance tak cover kalau kes ini viral. 


Sumber: Twitter Nor Azam Budin

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo