Slider

Darlene mungkin akan didakwa atas kesalahan berpakaian tak senonoh atau melakukan perbuatan tak bermoral



Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) ketika ini sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung video wanita yang dipeluk pelanggan lelaki di sebuah restoran di Setiu, baru-baru ini.


Pesuruhjaya JHEAT, M Rozi Bidin berkata, pihaknya sudah mengambil keterangan wanita berusia 30-an itu selepas dia ditahan di premis tersebut pada jam 5 petang, Selasa lalu. 


"Keterangannya sudah dirakam sebelum dibebaskan dengan bon jaminan. Kita boleh panggil dia pada bila-bila masa dan kita juga sedang berusaha mendapatkan saksi-saksi yang tahu isu atau terbabit dalam kes ini. 


"InsyaAllah selepas itu, kita akan serahkan kepada Jabatan Pendakwaan Syariah untuk tindakan seterusnya. Pendakwaan selepas ini akan ditentukan mengikut seksyen sama ada berpakaian tak senonoh atau melakukan sesuatu yang tidak bermoral. 


"Kita akan tengok mengikut bidang kuasa yang ada di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001," katanya. 


Menurut M Rozi, wanita itu sebelum ini pernah dipanggil untuk tindakan dan diberi nasihat agar tidak mengulangi perbuatan tidak senonoh itu. 


Sumber: Harian Metro

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo