Slider

'Dia pelik' - Suami tinggalkan isteri selepas dia melahirkan 5 pasang anak kembar



Seorang lelaki yang tidak berfikir panjang tergamak meninggal isteri dan keluar dari rumah keluarganya selepas wanita itu melahirkan anak kembar lima. 


Nalongo Gloria, dari Uganda, melahirkan kembar kelima iaitu anak kesembilan dan kesepuluh  di mana suaminya, Ssalongo, menganggap perkara itu tidak normal. 


Kepelikan itu membuatkan lelaki berkenaan mengambil keputusan untuk menggemas barangannya lalu keluar dari rumah, sekali gus menamatkan perhubungan mereka, berbanding menyediakan rumah untuk menyambut kehadiran ahli keluarga baru. 


Ketika ditemubual oleh pihak NTV Mwasuze Mutya, Nalongo berkata, "Apabila saya hamil anak kembar, dia (bekas suami) kata ujian itu terlalu berat untuk dirinya dan dia meminta saya pulang ke rumah. 


"Dia menghantar saya, tetapi saya tidak mempunyai nombor kenalan di sini kerana saya datang ke Kampala hanya untuk bekerja sebagai pembantu rumah," katanya. 


Tambah Nalongo, dia langsung tidak menyesal melahirkan anak-anak kembarnya walaupun dia tahu lelaki itu kurang menggemari mereka dan dia tidak boleh meninggalkan anak-anaknya begitu sahaja Malah, Nalongo percaya rezeki itu akan datang daripada Tuhan.


"Walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran, saya tidak akan membuang anak saya. Saya tahu Tuhan akan memberi rezeki. Saya serahkan segala-galanya kepada Tuhan. Saya menderita, tetapi Tuhan lebih mengetahui," katanya. 


Nalongo menjelaskan beberapa anak-anaknya yang sudah meningkat dewasa telah berpindah keluar dari rumah dan dia kurang pasti di mana keadaan mereka. 


Nalongo kini terdesak dan berada dalam kesempitan untuk mencari kediaman baru susulan pemilik rumah yang didudukinya menuntut mereka keluar dari rumah. 


Sumber: Daily Star


none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo