Slider

'Disebabkan video viral tu, banyak peluang saya dapat' - Selepas 9 tahun berlalu, Syasya Solero tampil beri penjelasan



Kira-kira sembilan tahun lalu, pernah tular di media sosial video seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang memuji dirinya cantik dan comel, mengundang pelbagai reaksi netizen. 


"Saya suka dengan mata saya, macam cantik je.. macam cantik je.. macam comel je.. macam comel je." 


Namun, ada segelintir netizen mengecam Syasya Solero yang didakwa cuba meraih publisiti murahan. Tidak kurang juga ada yang melemparkan kata-kata yang tidak sewajarnya terhadap Syasya. 



Hal itu membuatkan Syasya terpaksa tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada mereka yang tidak menggemari video tersebut. Jelasnya, dia sendiri tidak menyangka video itu viral selepas ada individu tidak bertanggungjawab memuat turun video asal dari aplikasi Keek ke YouTube dan platform lain. 


Hari ini, Syasya atau nama sebenarnya, Siti Syasya Rosaelmi Ahmad, berasal dari Kulim, Kedah, berkongsi mengenai insiden yang berlaku di sebalik tularnya video 'Macam cantik je, macam comel je'. 


"Disebabkan video itu, sampai ke hari ini, walaupun ada loghat ini (Kedah), orang masih ingat saya orang Johor. Saya tak boleh brain, mana datangnya Johor tu. Memang tidak dapat dinafikan ramai orang salah faham disebabkan satu benda je. Tapi tak boleh nak salahkan mereka juga, mereka tak tahu.


"Masa itu saya kan pakai baju Legoland dan Legoland itu pula di Johor. Mereka kata saya awek Johor. Lepas tu orang tanya saya, bukan kerja di Legoland ke dulu? Umur 16 tahun, boleh bekerja ke? Waktu itu saya berumur 16 tahun, saya masih sekolah lagi," katanya. 


Jelas Syasya, abang iparnya mendapat bonus dan membawa Syasya sekeluarga pergi bercuti di Legoland. Setelah puas bermain, Syasya tertarik dengan baju Legoland lalu meminta kakaknya untuk mendapatkan baju itu agar dapat dijadikan sebagai kenangan. 


Di satu hari itu ketika berada di kedai kakaknya, Syasya bermain dengan alat make up pada wajahnya. Oleh kerana merasakan solekannya itu kelihatan cantik, Syasya membuat rakaman video menggunakan aplikasi Keek. 


"Balik dari sekolah, saya tolong kakak di kedai dia. Waktu itu tiada pelanggan dan saya pun mainlah make up. Lepas tu rasa diri lawa sungguh, so terpikatlah nak buat video. Masa tu pula famous dengan aplikasi Keek. Dah siap make up, ambil handphone dan rekod. 


"Orang ambil video tu, pergi upload di YouTube. Saya tak ada pun rasa nak famous atau viral. Saya rekod video untuk suka-suka saja. Orang yang viralkan saya sehingga ada yang mengata saya mencari publisiti murahan. 


"Saya masih budak lagi pada masa itu, maksud viral pun tak tahu lagi. Saya sampai menangis kenapa orang buat saya macam ni. Saya tak kacau sesiapa pun, saya cuma buat video puji mata saya. Bukannya saya bunuh orang atau menghina orang atau bergelek-gelek. 


"Tapi di sebalik kejadian itu, saya bersyukur sangat-sangat. Disebabkan video itu banyak peluang yang saya dapat. Saya ambil peluang itu untuk membina karier sendiri, bermula dengan buat modeling, buat review sampailah saya berkahwin dengan suami barulah saya buat bisnes. 


"Terima kasih kepada yang ambil dan viralkan video itu," katanya. 


@asyallieeahmad08

Ambil masa 9 tahun nak explain ya hahaha

♬ bunyi asal - Asyalliee Ahmad ♡


Sumber: TikTok Syasya Solero

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo