Slider

Geng Nicky dilepaskan & dibebaskan dari tuduhan jenayah terancang



Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Datuk Seri Kamaludin Md. Said, Datuk Nordin Hassan dan Datuk Hashim Hamzah, memutuskan seramai 14 individu termasuk dua adik ahli perniagaan, Nicky Liow Soon Hee yang dikatakan ahli 'Geng Nicky' dilepaskan dan dibebaskan dariapda tuduhan terlibat dengan kumpulan jenayah terancang itu, semalam. 


Lapor Utusan Online, keputusan itu dibuat selepas Jabatan Peguam Negara (AGC) memaklumkan pihaknya telah menerima representasi yang dihantar oleh 14 individu terbabit. 


"Ini adalah keputusan sebulat suara, perintah Mahkamah Tinggi melepas tanpa membebaskan diketepikan. Kesemua perayu-perayu dilepas dan dibebaskan," kata Hakim Kamaludin. 


30 September 2021, Mahkamah Tinggi Shah Alam melepaskan tanpa membebaskan 14 individu berkenaan yang termasuk empat warganegara China daripada tuduhan, selepas pihak pendakwaan memohon agar mereka semua dilepaskan tanpa dibebaskan kerana pendakwaan berhasrat untuk meneruskan pertuduhan pada masa akan datang. 


Dua tertuduh terbabit adalah adik kepada Nicky iaitu Datuk Liow Wei Kin dan Datuk Liow Wei Loon.


Terdahalu, peguam Datuk Rajpal Singh dan Jasmine Cheong yang mewakili kesemua 14 individu berkenaan memberitahu bahawa AC telah menerima representasi yang dihantar bagi melepaskan dan membebaskan anak-anak guamnya daripada tuduhan tersebut. 


Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohd. DUsuki Mokhtar yang mewakili AC mengesahkan perkara itu. 


Mengikut pertuduhan, 13 individu didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang ‘Geng Nicky’ di kawasan SetiaWalk, Persiaran Wawasan, Pusat Bandar Puchong, di sini antara 1 Januari 2017 dan 20 Mac 2021.


Mereka dituduh mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan.


Sementara itu, Kim Ming didakwa membantu kumpulan jenayah sama di kawasan SetiaWalk, Persiaran Wawasan, Pusat Bandar Puchong, di sini antara 1 Jan 2017 dan 29 Mac 2021, mengikut Seksyen 130W Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, jika sabit kesalahan.


Pada 12 April 2022, Nicky mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas 26 pertuduhan terlibat dalam pengubahan wang haram dan memiliki wang hasil sama bernilai RM36 juta enam tahun lalu.


Sumber: Utusan Online

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo