Slider

'Haram sembahyangkan jenazah individu hina agama Islam' - UAI



Penceramah agama, Ustaz Azhar Idrus menegaskan, jenazah individu yang menghina agama Islam adalah haram untuk disembahyangkan. 


Dalam satu ceramahnya Azhar Idrus berkata, fatwa ahli sunnah wal jamaah ada menyebut bahawa individu yang menghina Islam telah diisytiharkan sebagai kafir murtad walaupun dia mengaku dirinya adalah Islam. 


"Elok letak nama dan mukanya di papan tanda masjid-masjid. Kalau dia mati, kita tidak boleh dan haram sembahyang serta kebumikan jenazah tersebut. 


"Orang yang menghina Islam dan nabi-nabi ini sudah murtad, bukan itu sahaja siapa yang menentang dan menyebelahi orang bukan Islam juga adalah munafik," katanya. 


Tambahnya, golongan munafik di akhirat kelak akan berada di neraka paling bawah. 


Orang yang menghina Islam, nabi, al-Quran katanya, secara jelas sudah murtad dan kafir. 


"Sekarang ini, ada orang kafir yang menentang dan menghalang ulama-ulama penceramah-penceramah kita untuk perjuangan Islam. Ada orang Islam yang menyokong mereka ini adalah munafik. 


"Kaum munafik yang ada dalam golongan ini akan berada dalam neraka paling bawah," ujarnya. 


Sumber: Kosmo Online

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo