Slider

'Ikon Permotoran' disaman kerana tiada lesen memandu



Seorang influencer TikTok dikenakan saman kerana didapati memandu tanpa lesen dalam pemeriksaan di Jalan Raja Laut, semalam. 


Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, pihaknya mengeluarkan notis saman itu terhadap individu itu pada jam 11 malam, kerana memandu kenderaan jenis Audi tanpa lesen. 


"Hasil pemeriksaan dilakukan, kami mendapati lelaki terbabit tiada lesen memandu dan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi. Justeru, polis mengambil tindakan dengan mengeluarkan satu saman atas dua kesalahan berkenaan," katanya. 


Di media sosial, ada sumber yang mendakwa lelaki terbabit adalah Haqiem Stopa atau nama sebenar Muhammad Sadzri Hakim Jaafar berusia 20-an, yang popular tidak kena pada tempatnya gara-gara diberi gelaran ikon permotoran oleh Mat Jargon di Putrajaya. 


Turut disebarkan kertas saman yang dikenakan terhadapnya dan foto Haqiem Stopa bersama anggota trafik yang mengeluarkan saman tersebut. 





"Cikgu-cikgu tak nak ulas ke? Ke masa panggil tak sempat siasat latar belakang, layak ke tak untuk beri ceramah motivasi kepada anak-anak murid," kata Julie. 


"Netizen senang je cari siapa ni. Siapa je influenza yang berdiri paras bahu polis," kata Meera. 


Sumber: Harian Metro, Oh! Bulan

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo