Slider

Janda & anaknya berusia 5 tahun dibunuh kekasih, mayat mereka dibuang di bawah jambatan



Mayat seorang wanita ditemui di bawah jambatan Tol Semarang, Jawa Tengah, Indonesia pada 13 Mac lalu tanpa sebarang dokumen pengenalan diri. Tiga hari selepas itu, turut ditemui mayat seorang kanak-kanak lelaki di lokasi yang sama. 


Siasatan polis mendapati, mayat mangsa wanita itu adalah Sweetha Kusuma Gatra Subardiya, 32, seorang petugas perubatan berasal dari Yogyakarta, yang dilaporkan hilang sebelum ini.


Sementara itu, mayat kanak-kanak yang ditemui itu pula adalah anak kandung kepada Sweetha, berusia lima tahun bernama 'MF'. Polis mengesahkan, kedua-dua mangsa mati akibat dibunuh. 


Lakonan semula mayat Sweetha dicampak Dony



Ketika ditemui, keadaan mayat Sweetha sedang membusuk dan terdapat kesan luka di bahagian leher yang ditutup dengan kain, serta kedua-dua kakinya diikat. Mayat anaknya pula ditemui dalam bentuk kerangka pada 16 Mei 2022. 


Susulan penemuan mayat itu, polis telah menahan tunang mangsa, Dony Christiawan Eko Wahyudi. Suspek beusia 31 tahun yang juga merupakan suami orang, ditangkap ketika berpura-pura mahu membuat laporan kehilangan isterinya pada Rabu 16 Mac 2022. 


Dalam pengakuan kepada polis, Dony mengaku telah menganiaya MF dengan tidak memberinya makan,dikurung dan diseksa dalam bilik sehingga mati pada 20 Februari 2022. Mayat mangsa kemudian dibuang ke bawah jambatan. 


Pada 7 Mac 2022, Sweetha memaksa Dony untuk berjumpa kerana dia mahu melihat keadaan anaknya. Dony mula ketakutan dan berjanji untuk bertemu dengannya di Exit Tol Banyumanik sebelum dibawa ke sebuah hotel lalu dibunuh. 


Mayat Sweetha disumbat dalam sarung dengan kakinya diikat. Sarung itu kemudian diletak dalam kereta untuk dibuang ke lokasi yang sama dengan mayat MF dibuang. 



Tengkorak mangsa kanak-kanak


Dony mengakui dia berbuat demikian kerana cemburu melihat Sweetha yang melambai terhadap seorang lelaki lain ketika mereka bertemu di Semarang. 


Difahamkan, Sweetha dan Dony telah menjalinkan hubungan sejak Oktober 2021 di mana Dony sudah menghantar rombongan untuk melamar Sweetha. 


Dony kini didakwa di mahkamah dan berdepan dengan hukuman penjara 15 tahun atau seumur hidup. 


Sementara itu, keluarga mangsa memohon mahkamah menjatuhkan hukuman mati mandatori terhadap Dony. 


Sumber: Kompas

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo