Slider

Jerut isteri ketua kampung sampai mati, 3 suspek samun ditahan



Polis menahan tiga lelaki yang disyaki terlibat dengan kes bunuh seorang wanita dua hari lalu di sebuah rumah di Felda Mengkuang, Bera.


Timbalan Ketua Polis Pahang Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata semua suspek yang berusia lingkungan 30-an direman tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


"Polis turut berjaya merampas sebuah kenderaan jenis Honda City yang dipercayai milik suami mangsa yang telah dilarikan suspek pada hari kejadian," katanya dalam kenyataan.


Dalam kejadian awal pagi dua hari lalu seorang wanita berusia 52 tahun maut dipercayai akibat dijerut menggunakan kabel pengecas telefon, manakala suaminya berusia 60 tahun turut cedera di bahagian kepala dalam kejadian samun di rumah mereka.


Dalam kejadian itu, suspek dipercayai turut melarikan wang tunai kira-kira RM6,000 serta kereta jenis Honda City milik suami mangsa.


Sumber: Bernama

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo