Slider

'Kalau customer tengok price tag semasa shopping, dia mungkin miskin' - kata Jurujual

Foto sekadar hiasan sahaja



Baru-baru ini seorang pengguna media sosial berkongsi pandangannya di Facebook mengenai pelanggan yang datang ke butik mewah.


Menurut wanita itu, dia tidak akan membazirkan masa memberi layanan sepenuhnya jika dia mendapati seseorang pelanggan itu melihat tanda harga barangan. 


"Kalau pelanggan tengok tanda harga atau membelek-belek tanda harga barangan, dia berkemungkinan orang miskin dan saya tidak akan membazirkan masa untuk melayan pelanggan seperti itu," katanya. 


Difahamkan, wanita berkenaan mempunyai pengalaman bekerja sebagai jurujual kira-kira tujuh ke lapan tahun. 


"Saya dah bekerja sebagai jurujual selama 7-8 tahun dan kebiasaannya apabila saya mendapati pelanggan melihat tanda harga, mereka memang tidak akan membeli barangan tersebut. 


"Pernah sekali ketika saya sedang melayan pelanggan, manager menjerit terhadap saya melalui 'earphone' dan menyuruh saya jangan bazirkan masa sangat melayan pelanggan itu. 


"Akhirnya, pelanggan itu hanya menyentuh barangan itu sedikit dan terus keluar," katanya. 


Ramai netizen yang terkejut dengan pendedahan wanita berkenaan yang tergamak memandang rendah terhadap pelanggan hanya kerana mereka melihat tanda harga barangan. 


"Saya rasa dia cakap macam tu sebab dia masih lagi bekerja sebagai jurujual. Dia tidak sepatutnya menilai orang seperti itu," kata netizen. 


"Saya pun tak nak bazirkan masa dengan jurujual yang suka memandang rendah pada orang lain," tambah netizen lain. 


Sumber: World of Buzz

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo