Slider

'Kenapa Ant-Man tak mengecil & masuk ke dalam punggung Thanos, lalu membunuhnya?' - Soal peminat & ini jawapan Scott Lang



Walaupun sudah beberapa tahun Avengers 'menyelamatkan' dunia, masih ada para peminat filem Marvel mempersoalkan cara-cara sekumpulan adiwira bumi berkenaan menghalang kejahatan Thanos. 


Salah satu cadangan yang diutarakan ialah Ant-Man masuk ke dalam punggung Thanos, lalu membesarkan dirinya. 


Bagaimanapun, Paul Rudd yang melakonkan watak sebagai Scott Lang (Ant-Man) tampil memberikan respon. 


Dalam satu video pengenalan yang mengalu-alukan peminat ke pengalaman menjamu selera bertemakan Marvel yang dipanggil Avengers: Quantum Encounter di laluan pelayaran Disney Wish, Ant-Man dan Wasp (Evangeline Lilly) menjawab persoalan itu.


"Saya telah mendengar banyak perbualan di luar sana yang bertanya mengapa saya tidak mengecil, masuk ke dalam punggung dan membunuh Thanos dengan cara kreatif. Pertama sekali, ia amat menjijikkan. Kedua, ia jauh lebih rumit daripada itu," katanya. 


Lilly kemudian percakapan Rudd dan berkata, "Kalaulah kita ada masa... mungkin jawapan pertama tadi sudah cukup menjelaskannya," katanya. 


Kali terakhir peminat melihat Ant-Man beraksi adalah dalam filem Avengers: Endgame. Wira yang berkebolehan mengecil dan membesar kembali berakhir di siri seterusnya, Ant-Man and the Wasp: Quantumania yang dijangka akan ditayangkan pada 17 Februari 2023. 


Sumber: AsiaOne

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo